Tuesday, February 16, 2016

UMNO 70 Tahun – Perkaderan Mampu Lahirkan Ahli Jitu Tangkis Fitnah

KUALA LUMPUR : Perkaderan adalah perkara yang perlu diberi perhatian serius supaya parti mempunyai ahli yang jitu dan berkualiti yang mampu mendepani apa sahaja cabaran dalam berpolitik, ujar exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/12/mimie.jpg
Menurutnya, ini terutama daripada pihak pembangkang yang tidak akan putus-putus melemahkan parti dan meleraikan ikatan yang terjalin antara komponen Barisan Nasional (BN) seperti mana rebahnya ‘pakatan rakyat’ mereka.

“Ini adalah penting bagi memastikan kelangsungan parti tetap utuh selaras dengan kedewasaan usia parti yang akan menempuh angka 70 tahun di persada politik tanah air pada 11 Mei tahun ini.
umno 
“Mesyuarat cawangan yang akan berlangsung pada bulan Mac ini adalah waktu yang tepat untuk semua ahli akar umbi mengenalpasti kekuatan untuk diperkukuhkan lagi serta juga mengenalpasti kelemahan untuk diperbaiki.

“Inilah medan terbaik kepada ahli akar umbi untuk mengambil peluang, menyuarakan pendapat dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kepentingan parti dan juga kebajikan rakyat,” katanya kepada media.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang pada 29 Januari lalu memutuskan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO akan bermula 18 Mac hingga 1 Mei 2016, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos hingga 15 September 2016.

“Walaupun begitu, apa sahaja topik perbincangan, matlamatnya perlu menjurus kepada gerak kerja parti demi kemenangan parti pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

“Setiap permasalahan yang timbul pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik dan seharusnya semua ahli tidak perlu terikut dengan rentak pembangkang yang gemar membina persepsi negatif terhadap kerajaan dan agensi yang berkaitan dengan kerajaan yang ditunjangi parti keramat ini.

“Agama juga menyarankan agar umatnya menyelidiki kesahihan setiap maklumat yang diterima kerana kesan atas kebatilan maklumat mampu membawa keruntuhan sesebuah tamadun,” ujarnya yang memegang portfolio Biro Media Sosial dan Digital, Puteri UMNO Malaysia.

Justeru itu, runtuhnya perpaduan dan kesatuan dalam UMNO, pasti akan membawa kepada runtuhnya tamadun yang telah kita bina selama ini, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berpandangan sebelum PRU ke-13 semua telah menjangka senario yang dihadapi sememangnya mencabar jika dibandingkan sebelum-sebelumnya, tetapi kali ini sudah pasti lagi berganda ujian yang akan menimpa.

“Situasi kali ini tidak seperti dahulu kerana fitnah sudah menjadi seperti ‘makanan ruji’ beberapa pihak yang sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan kerajaan terutama melalui versi baharu seperti media sosial yang digunakan untuk menyebarkan fitnah yang boleh mempengaruhi rakyat jika tidak diberi perhatian.

“Kerana itu Puteri mengorak langkah selain giat menggandakan usaha pendaftaran pemilih dan ahli, juga diwujudkan ADINDA dan skuad DIAN (Daulatkan Islam Agama Negara) khusus untuk golongan wanita muda membantu memperkukuhkan parti,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment