Tuesday, February 16, 2016

Saran Zahid Letak Jawatan Kenyataan Murahan Penuh Emosi – Armand

KUALA LUMPUR : Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Hj Abu Hanifah melihat kenyataan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Sdr Mohd Ridzuan Abdullah berhubung isu kemasukan pekerja asing adalah sekadar mencari publisiti murahan.
http://img.astroawani.com/2014-10/61412872622_295x200.jpg
Malah menurut beliau lagi saranan Presiden Ikhlas agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana isu tersebut lebih ke arah ucapan emosi dan terikut permainan persepsi tanpa mengunakan fakta.

“Sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan membidas Sultan Johor dalam isu vape dan mengeluarkan kenyataan populis nak saman Ketua Polis Negara lah, nak saman Kementerian Kesihatan lah, nak saman KPDNKK lah, apa lagi kenyataaan populis yang tidak dikeluarkan oleh beliau.
KUALA LUMPUR 12 September 2013. Pekerja asing yang telah diperiksa semasa operasi pemeriksaan mengejut pekerja-pekerja asing oleh Penguatkuasaan CIDB di tapak pembinaan Quadro Residences@KLCC Park berhadapan Hotel Traders. NSTP/Salhani Ibrahim
“Dalam isu kemasukan pekerja asing, saya lihat beliau tidak jelas tentang proses kelulusan. Syarat-syarat yang ditetapkan harus diamil kira kerana semuanya jika kita paham dan terang tidak seperti yang digembur-gemburkan.

“Jika kita nilaikan secara matang kebanyakan permohonan adalah bagi sektor 3D ( Dangerous, Difficult, Dirty)”, katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disaran supaya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri kerana gagal melaksanakan tugasnya dalam mengawal kemasukan pekerja asing di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah turut memberi amaran agar Zahid tidak menghina belia dengan mendakwa mereka malas dan tidak sanggup kerja dalam sektor 3D iaitu ‘dangerous’, ‘difficult’, dan ‘dirty’.

Armand seterusnya menegaskan sektor 3D boleh dikatakan kurang mendapat sambutan dan minat daripada warga kerja rakyat Malaysia khususnya generasi muda dan itu berdasarkan fakta bukan auta atau emosi.

Justeru katanya Ridzuan disaran agar mendapatkan penjelasan yang jelas daripada Kementerian Dalam Negeri dahulu berhubung perkara tersebut.

“Boleh dikatakan peratusan orang muda rakyat Malaysia dalam sektor 3D tidak ramai, kerana ini syarikat memohon kemasukan warga kerja luar untuk memampung kekosongan.

“Nasihat saya sebagai orang muda, pada beliau kurangkan buat kenyataan akhbar mahupun sidang akhbar untuk nampak populis tanpa memahami isu yang dikatakan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment