
Tuesday, February 16, 2016
Pemimpin-Pemimpin ASEAN Harap Obama Teruskan Teruskan Gaya Penglibatannya

SUNNYLANDS (CALIFORNIA) : Pemimpin-pemimpin ASEAN berharap
perhatian dan keutamaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terhadap
kumpulan itu diteruskan dan kekal dilaksanakan oleh presiden-presiden AS
masa hadapan, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata pemimpin-pemimpin dari 10 negara Asia Tenggara
mengiktiraf hubungan AS-ASEAN adalah penting sebagaimana blok itu dengan
China.
“Hakikat bahawa Presiden Obama melepaskan cuti umumnya (hari ini Hari
Presiden) dan mengadakan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin AS-ASEAN
membuktikan pengiktirafan Washington tentang pentingnya ASEAN,” Najib
memberitahu wartawan Malaysia pada Isnin (Selasa di Malaysia) pada akhir
hari pertama sidang kemuncak dua hari di sini.
Najib berkata ASEAN dengan gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP)
US$2.4 trilion (RM10 trilion) dan populasi lebih daripada 600 juta
orang dengan kumpulan kelas menengah yang berkembang merupakan rakan
penting kepada AS.
AS, sebaliknya, menganggap penglibatannya dengan rantau ini, sebuah
rantau penting dari segi strategi dan ekonomi yang dinamik di
tengah-tengah Asia-Pasifik, merupakan tunggak utama bagi AS melaksanakan
imbangan semula terhadap Asia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment