
Tuesday, February 16, 2016
Seruan Jihad Berdarah Dari Penyokong Mahathir

'Ayuh semua bangkit, BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA dengan singkirkan
Najib'! Itulah seruan jihad berdarah yang terngiang-ngiang di telinga
para penyokong bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dengar khabar sekiranya Mahathir di tangkap pihak polis, maka para
penyokong dan geng-geng yang sanggup berkorban untuk Mahathir ini bakal
bersatu padu dan dengan pastinya pertembungan berdarah bakal terjadi.
Itu janji para penyokong jihad Mahathir kepada ‘balaci-balaci’ Najib.
Baru-baru ini terdengar juga khabar angin menyatakan menerima seruan
jihad tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Konon seruan
tersebut adalah bagi mengumpul satu kerjasama yang padu, bagi menjayakan
usaha mereka untuk menggulingkan perdana menteri.
Habis semua tokoh-tokoh aktivis, pemimpin bukan kerajaan (NGO), kumpulan
blogger, bekas pemimpin mahasiswa, bekas tahanan ISA dan mereka-mereka
yang mempunyai pengaruh dihantar mesej berantai tersebut. Tujuan utama
mesej tersebut disampaikan kepada mereka ini adalah bagi memudahkan
kerja mereka untuk menarik lebih ramai pengaruh dan sokongan daripada
rakyat.
Namun apa yang menggelikan anak tekak adalah, korang perasan tak skrip
perjuangan jihad oleh penyokong Mahathir ini, persis seperti sewaktu
usaha Mahathir untuk menggulingkan Abdullah Badawi atau Pak Lah yang
pada ketika itu menjadi perdana menteri. Drama ni macam diulang
tayangkan semula je kan??
Jika diflashback semula, tindakan yang dibuat Mahathir dahulu dan
tindakan yang mahu dibuatnya sekarang ini tiada bezanya langsung. Motif
asal bukannya mahu selamatkan negara daripada transformasi Najib yang
‘memusnahkan’ negara, akan tetapi dibuat bagi melindungi kepentingan
diri sendiri dan para kroninya.
Dahulu ketika Mahathir mahu mengulingkan Pak Lah, 'skrip lapuk' yang
hampir sama telah digunakan atas nama 'Seruan Jihad Selamatkan Negara'.
Namun apabila Pak Lah berjaya digulingkan, adakah Mahathir meneruskan
sebarang usaha untuk memastikan semua wang negara yang dikatakan telah
dibawa lari, dibawa pulang? Kita tengok sama je takde perubahan pun.
Dahulu si Maddey Kutty ni kata negara tengah nazak dibawah pimpinan Pak
Lah, sekarang ni nak kata negara nazak lagi ke bila Najib uruskan?? Apa
sudah jadi pada puluhan juta saham negara yang dikatakan dilarikan oleh
Khairy, menantu Pak Lah ke Singapura? Sudah dimiliki semula atau
Mahathir dah jual terus dan masuk poket sendiri?
Semua dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Mahathir kepada Pak Lah terus
lenyap selepas dorang berjaya gulingkannya. Biasa la bila Mahathir
sudah puas hati baru la dia diam. Nampak sangat yang usaha Mahathir nak
gulingkan Pak Lah dan Najib ini hanya untuk keuntungan diri sendiri
sahaja. Dasar mamak kerala....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment