Tuesday, February 16, 2016
Orang Indonesia Malukan Rakyat Tempatan
Rakyat-rakyat di negara Malaysia patut malu dan merasa rendah diri
dengan kenyataan yang dikeluarkan seorang warga asing berbangsa
Indonesia ni. Memalukan!! Sebab nampak sangat yang rakyat tempatan kita
spesis tidak tahu bersyukur, walaupun pelbagai kemudahan telah
disediakan oleh kerajaan untuk kesenangan mereka sendiri.
Bagi rakyat Malaysia, maksud kesenangan yang dorang nak adalah
celik-celik mata je kat dunia ni terus kaya raya tak payah kerja, tapi
gaji masuk berbulan-bulan boleh makan sampai tujuh keturunan. Tiap bulan
boleh beli kereta mewah dan shopping tak ingat dunia. Makan pula tak
layan la makanan kat pasar malam, semuanya nak makan kat restoran mewah.
Mungkin itu yang rakyat Malaysia nak.
Berlainan macam warga Indonesia ni. Ehhhhh, bukan calang-calang orang
Indonesia tapi dia juga seorang doktor di negaranya sendiri. Katanya
orang Malaysia ramai yang tidak bersyukur, jika di Indonesia pesakit
yang mahu dapatkan rawatan tidak kira sama ada di klinik dan hospital
swasta atau kerajaan, dorang harus ada insuran atau jaminan kesihatan.
Kalau takde semua tu jangan harap la nak dapatkan rawatan di klinik
mahupun hospital. Tambahnya lagi, nilai RM1 yang kita perlu bayar di
negara ini untuk mendapatkan rawatan tersangat-sangat murah. Langsung
tidak sama macam di Indonesia. Bahkan di Singapura, kalau korang takde
RM300 duit Malaysia jangan harap la nak dapat daftar untuk dapatkan
rawatan, daftar je tau belum rawatan.
Jika di Indonesia, nilai RM1 bersamaan dengan Rp. 3500 wang Indonesia.
Kalau korang la cuma ada Rp. 3500, nak beli beras pun tak lepas tau di
Indonesia. Ini kat Malaysia dengan nilai RM1 je korang boleh dapatkan
rawatan kesihatan. Tak terasa malu ke korang dengan pengakuan doktor
dari Indonesia ni?
Korang sepatutnya berbangga sebab doktor di Indonesia memuji klinik dan
hospital kerajaan yang ada di Malaysia. Punya la nak tolong rakyat yang
tidak berkemampuan hingga sanggup mengenakan caj perkhidmatan dan
perubatan yang tersangat murah.
Kalau topap RM5 korang boleh beli demi nak bergayut dan chatting dengan
awek dan pakwe korang, so setakat RM1 untuk dapatkan rawatan untuk
kesihatan korang tak kan tu pun nak merungut?? Nak kena bagi percuma ke
baru nak bersyukur??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment