Tuesday, February 16, 2016
Tahu Pun Takuttttt.... Tiada Ahli AMANAH Keluar Parti
IPOH : Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengesahkan tiada ahli parti itu yang keluar untuk menyertai Pas. Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, situasi tersebut tidak berlaku di negeri ini malah ramai ahli Pas yang menyertai Amanah.
Menurutnya, pihaknya masih mengemas kini semua pendaftaran ahli memandangkan ia mengambil sedikit masa untuk dilakukan.
“Buat masa ini, ahli yang berjaya didaftarkan hampir 3,000 orang di
seluruh negeri. Kita melakukan pendaftaran melalui atas talian jadi ia
mengambil sedikit masa,” katanya.
Beliau berkata, kehadiran ramai penyokong ketika sambutan Tahun Baharu
Cina Pakatan Harapan di Taiping Sabtu lalu menunjukkan sokongan tanpa
berbelah bahagi rakyat kepada Amanah.
Amanah Perak turut melancarkan Pakatan Harapan di Pasir Salak kelmarin,
seiring usaha mengembangkan parti baharu di kubu kuat lawan.
Selain Asmuni yang sebelum ini memegang jawatan sebagai bendahari Pas
Pusat, seorang lagi nama besar dalam Pas iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin turut menyertai parti Amanah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment