Tuesday, February 16, 2016
Padan Mukanya.... Trump Mengamuk "Akhbar Samakan Dia Dengan Watak Badut"
NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT : Surat khabar The New York Daily News,
melaporkan kemenangan calon presiden daripada Parti Republik Donald
Trump, di New Hampshire sebagai 'kebangkitan mereka yang mati otak'
dengan wajah Trump 'diwarnakan wajah badut'.
Dengan kapsyen gambar "sang badut bangkit dengan kemenangan di NH sementara para zombie tanpa otak datang berduyun-duyun".
Sementara itu, menurut laporan USA Today, Trump segera menyerang balik
surat khabar itu ketikamana dia diwawancara dengan televisyen Fox News
dengan menyebutnya sebagai 'surat khabar yang gagal' dan 'akan segera
ditutup, saya sangat yakin.'
Dan seperti yang sangat sering dilakukannya, jutawan itu menggunakan
akaun Twitternyar untuk meneruskan serangan ke NY Daily News serta
pemiliknya Mort Zuckerman. Dan entah kenapa Trump juga menyerang media
lain, Politico.
Trump menyebut surat khabar itu dalam kondisi tidak mempunyai wang,
banyak berhutang, beritanya sampah, tidak punya kredibiliti, dan tidak
ada orang yang mahu beli.
Namun belum jelas kenapa Trump belum menyerang The Huffington Post, yang
menyebutnya sebagai orang yang rasis, seksis, dan xenophobia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment