Sunday, February 14, 2016
Tun M Penaung Kumpulan Pendesak UMNO
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad diumum sebagai Penaung Gabungan
Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) iaitu kumpulan pendesak dalam Umno.
Bekas perdana menteri itu menyatakan persetujuan untuk dilantik selepas
mengadakan pertemuan dengan 21 Ahli Jawatankuasa GKCM di pejabatnya di
Yayasan Al Bukhary pada Jumaat.
"Tun melahirkan rasa bangganya terhadap kemajuan yang dicapai oleh GKCM dalam masa yang singkat.
"Tambah membanggakan ialah GKCM adalah kumpulan yang berani bersuara
bagi menyatakan kebenaran di dalam Umno sendiri," demikian menurut
kenyataan GKCM pada Sabtu.
Selain itu sekretariat GKCM berkata, pada pertemuan berkenaan Dr
Mahathir mengulangi kebimbangannya mengenai nasib golongan intelektual
yang semakin terhakis dalam Umno.
"Kehadiran GKCM berjaya mengimbangi golongan yang telah banyak merosakkan parti.
"Tun juga berharap GKCM dapat membantu menguatkan parti setelah
hilangnya kepercayaan ahli dan masyarakat umum terhadap Umno yang kini
dilanda masalah kepimpinan yang meruncing," katanya.
GKCM diaktifkan sejak November tahun lalu bagi mendesak Perdana Menteri
yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan
susulan skandal kewangan dan beberapa keputusan kontroversi termasuk
menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment