Sunday, February 14, 2016
Jangan Fitnah JPJ Berkaitan Kematian Ahli Perniagaan
BUTTERWORTH : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan mereka
dengan kematian seorang ahli perniagaan di George Town pada Khamis lalu.
Pengarahnya Noorul Habib Abdul Guduse berkata pihaknya sedang meneliti
dakwaan yang mengaitkan JPJ dengan kematian Syed Amen Jaizul Abidin
berikutan satu kejadian di bangunan JPJ Batu Uban, Gelugor yang menjadi
viral di media sosial penghujung tahun lepas.
"Pegawai kami sedang meneliti semua bukti termasuk rakaman sidang akhbar
yang dibuat oleh sebuah organisasi bukan kerajaan yang menuduh JPJ
terlibat dengan kematian Syed Amen.
"Satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membersihkan
nama JPJ serta kami mahu pihak yang tidak bertanggungjawab ini berhenti
daripada menabur fitnah terhadap kami," katanya kepada pemberita pada
Ops Tahun Baharu Cina di sini malam tadi.
Syed Amen, 46, maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah
kedai motosikal berkuasa tinggi pada pukul 3.30 pagi Khamis lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment