2 November 2014 - Kritikan terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun
Razak bukanlah sesuatu yang luar biasa atau asing. Mana-mana Perdana
Menteri Malaysia berhadapan dalam situasi yang sama kerana manusia lebih
percaya kepada kritikan yang buruk daripada pujian yang baik.
Setiap kritikan sudah tentu berhak dianalisis dan dicabar kerana
tidak semestinya apa yang ditulis oleh pengkritik dianggap sebagai
sesuatu yang muktabar biarpun pengkritik mungkin mempunyai pendidikan
bidang kritikan dan berpengalaman sebagai seorang wakil rakyat.
Dalam konteks inilah saya melihat tulisan Ahli Parlimen Raub (DAP)
mengenai kepimpinan Mohd Najib dan Ekonomi Malaysia sebagai satu catatan
karut marut berasaskan kepentingan partinya dan dendam tidak terpilih
sebagai wakil rakyat BN bagi penggal kedua.
Dalam bahagian pertama tulisannya, Leadership and the Malaysian
eCONomy-part 1, Mohd Ariff Sabri hanya melontarkan frasa-frasa retorik
bagi memberi imej buruk kepada Mohd Najib tanpa sebarang pembentangan
fakta.
I hope not everyone-and I further hope, not the majority of us are
mesmerised by Najb’s PR gimmicks. His presentation of the yearly budget
is fast becoming a yearly singsong. He is repeating some same stuff over
and over again.
The more important issues like income distribution, the worsening
level of education, the deterioration of domestic and external security,
the scourge of corruption were hardly mentioned. He took time to sound
silly by prodding the opposition. His budget speech is one boring
rendition of some economists extended essay.
Dalam dua para pertama tulisan beliau bukan sahaja tidak
menjustifikasikan kesimpulan yang dibuat, malah menunjukkan beliau
langsung tidak mendengar ucapan, atau membaca teks, pembentangan Bajet
2015.
Dalam Bajet 2015, Mohd Najib jelas menggaris isu-isu melibatkan
pendapatan rakyat, peningkatan kualiti pendidikan dan hal ehwal
ketelusan.
Sekadar contoh, Bajet 2015 jelas memberi tumpuan kepada keselesaan
rakyat apabila mengumumkan golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000
sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai dan manakala kumpulan
berpendapatan rendah akan menerima subsidi secara langsung.
Dalam bidang pendidikan, memperuntukkan RM56 bilion kepada
Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan
pembelajaran. Ini termasuk pembinaan 12 sekolah baharu iaitu tujuh
sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
Dari peruntukan tersebut, RM1.2 bilion untuk program Transformasi
Vakasional dan Teknik.
Apakah ini bukan usaha meningkatkan prestasi pendidikan negara? Lebih
jauh kita boleh mempertikaikan apakah ukuran dan tanda aras yang
digunakan oleh Mohd Ariff apabila mnegatakan sistem pendidikan kita
berada dalam kedaaan nazak?
Saya tidak berniat mengulas setiap satu para tulisan Mohd Ariff
kerana jelas beliau tidak menulis berasaskan fakta tetapi kerana niat
jahat mahu memburukkan kerajaan sedia ada sahaja.
Rakyat boleh menilai sendiri pandangan ahli Parlimen DAP ini dengan kandungan Bajet 2015
Mohd Ariff juga membuat kenyataan tidak benar apabila menulis
He is now compared to president Jokowi of Indonesia and
is seen as inadequate. That’s humbling to us Malaysians. Jokowi was a
furniture trader. Najib is a scion of an aristocratic family, the
product of British education, yet pales in comparison with wak Jokowi?
There you are- all this time one compares him with the milieu
composed of pedestrian village folks, or people coming from less
privileged family background who are crude in mannerisms, less
cosmopolitan- he on the other hand coming from a pedigreed background;
that alone made him appear ‘special’. But once he is compared among
equals, not linked to the same cultural background, the real Najib
stands out. Ineffectual, intellectually less rigorous, muddled thinker.
Saya belum berjumpa mana-mana iklan mahu pun kenyataan propaganda
cuba menyamakan Mohd Najib dan Jokowi. Oleh kerana Mohd Sabri sendiri
tidak mempunyai sebarang bukti kecuali menulis secara merepek mengenai
isu ini maka sukar untuk kita menerima idea beliau ini.
Mohd Najib tidak memerlukan imej Jokowi kerana Perdana Menteri
Malaysia mempunyai imej tersendiri. Sebelum Jokowi muncul lagi Mohd
Najib sudah menjadi pemimpin politik penting negara ini. Yang saya lihat
terhegeh-hegeh berbaju batik ala Jokowi sekarang ini berada naik turun
Mahkamah Persekutuan.
Dalam bahagian pertama tulisannya juga Mohd Ariff yang kononnya
lulusan ekonomi Universiti Malaya langsung tidak memberi sebarang
indikator keruntuhan ekonomi negara seperti yang mahu beliau yakinkan
kita.
Mohd Ariff juga mendakwa,
After 5 years, the country has not transformed into what
the various acronyms promised. The country is divided along racial,
religious, and social lines; the security of this country breached so
many times. We have millions of foreign paid security workers guarding
our housing estates and commercial premises; the economy has grown at
non extraordinary rates, public debt has risen, household debt has grown
to astronomical levels, religious bigotry and pettiness are on the
rise. What has Najib done?
Sekali lagi kita tertanya-tanya, apakah indikator atau ukuran
kegagalan Mohd Najib. Memang benar dakwa Mohd Ariff negara ini terpecah
oleh arus perkauman, agama dan garis sosial. Soalnya mengapa ia jadi
sedemikian? Adakah kerana salah Mohd Najib atau salah Melayu seperti
beliau yang “menjual agama dan bangsa” dengan menyertai DAP?
Mohd Ariff hilang arah apabila mendakwa kewujudan jutaan pekerja
asing bagi sektor pekerja keselamatan di kawasan perumahan dan komersial
tanda kelemahan ekonomi Mohd Najib. Ini merupakan tafsiran songsang dan
tidak realistik.
Ini kerana saya juga berhak mentafsirkan bahawa kewujudan ramai
pekerja asing dalam sektor bawahan seperti ini bermakna rakyat Malaysia
mempunyai peluang yang lebih baik di sektor lain dengan imbuhan yang
lebih tinggi. Ini disokong oleh fakta pengangguran Malaysia sekarang
ialah pada kadar 2.7% sahaja.
Sudah tentu sebagai bekas graduan ekonomi Mohd Sabri mengetahui
bahawa pada kadar pengangguran seperti ini merupakan satu “syurga
pekerjaan” kepada rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai “full
employment” atau “zero unemployment” dalam konsep ekonomi.
Negara yang mempunyai kadar pengangguran sekitar 3-4% telah dianggap
sebagai negara yang mempunyai ekonomi yang baik atau sihat. Bayangkan
Malaysia melebihi kadar ekonomi sihat ini. Dalam kadar pengangguran
sekitar 2.7% ini bermakna sesiapa sahaja yang mahu bekerja boleh
bekerja. Pengangguran di Malaysia adalah pilihan bukan kerana terpaksa.
Justeru saya berasa teramat hairan bagaimana orang yang kononnya
lulusan ekonomi boleh menyatakan ekonomi kerajaan pimpinan Mohd Najib
berada dalam keadaan nazak dan teruk?
Begitu panjang beliau menulis, hakikatnya semua perkara yang
dilontarkan tidak lebih daripada “smear campaign” dan “character
assination” ke atas Mohd Najib tanpa sebarang penjelasan yang logik
mahupun bersandarkan fakta yang boleh diterima.
Mohd Ariff juga mengemukakan idea yang bertentangan satu sama lain apabila menyatakan
“So? So he can’t grasp the bigger picture of nation
building which requires more democracy where it is needed, order when it
is appropriately required, corruption free civil service, the absence
of which has created a group of government-rich coterie. Ever wonder how
some ex high civil servants after retirement can own houses costing
RM7-8 million?
Some tough measures are needed to tackle things like open defiance of
the supremacy of the nation’s laws. For example when JAKIM people
refused order from our civil laws which stemmed from the supreme laws of
this nation, Najib should have these people arrested. Not doing so, has
created uncertainty over the laws of this nation. This is not an
Islamic state- I am sorry to say this to my Muslim brothers in Malaysia.
Pada satu ketika beliau menyarankan Mohd Najib memperomosi demokrasi
yang lebih luas, namun pada para seterusnya beliau menyarankan Mohd
Najib patut menangkap pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
yang enggan menerima arahan daripada Mahkamah Sivil.
Bukankah saranan Mohd Ariff agar Mohd Najib seorang Perdana Menteri
campur tangan dalam pertikaian Mahkamah Sivil dan Syariah dan menangkap
orang tertentu melanggar batas demokrasi negara ini yang terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman?
Mohd Ariff juga mahu Mohd Najib mengambil tindakan ke atas pelbagai
pihak yang tidak selari dengan pandangan liberal Melayu seperti beliau
dan rakan-rakan dalam DAP. Mungkin bagi DAP, demokrasi bermaksud mereka
bebas berkata apa sahaja dan orang lain yang harus disekat.
Mohd Ariff sendiri gagal menentukan batas-batas kritikan sebelum
menulis kritikan menyebabkan tulisan beliau tidak lebih daripada leteran
politik kosong semata-mata.
Harapan kita supaya Mohd Ariff hentikanlah menjual maruah agama dan bangsa kepada DAP!
Dipetik daripada : www. mykmu. net