Monday, March 02, 2015
Berapa Kerusi DAP di Terengganu Yang Sibuk Sangat?
3 Mac 2015 : SATU ketika, Pulau
Pinang kalau boleh nak diasingkan dari Persekutuan Malaysia oleh
sesetengah penyokong dan seorang ahli Parlimen DAP dengan menuntut kuasa
autonomi. Nak ada negara dalam negara kononnya, entah model negara
mana nak diikut Taiwan atau China, tapi macam Taiwan.
Alasan tuntutan itu adalah kerana DAP
perintah Pulau Pinang sekalipun kerajaan DAP tak bercakap apa-apa.
Nampak megah sangat sebab baru dapat perintah satu negeri itu saja pun.
Bila kita cakap, kita kena sergah balik, konon itu negeri mutlak dia,
siapa kita nak persoalkan?
Sekarang, kerajaan Terengganu nak adakan
garis panduan berpakaian di negeri tersebut, siapa pulak DAP nak sibuk?
Ada berapa kerusi DUN atau Parlimen DAP di Terengganu? Kosong, zero.
Kelantan pun DAP zero kerusi, tapi dialah yang paling sibuk sekali, apa locus standi dia ada?
Dari sibuk hal negeri lain, lebih baik
DAP jaga Pulau Pinang yang nak terlepas tu. Buktinya, baru-baru ni ada
sambutan tahun baru cina sebuah komuniti kaum itu yang terpenting di
Pulau Pinang dan buat pertama kalinya Guan Eng dan para Exconya tak
dijemput, sebaliknya pemimpin MCA dan Gerakan pulak yang jadi tetamu
utama.
Ini membenarkan kenyataan penulis
baru-baru ini bahawa dengan Anwar dipenjarakan, DAP berada dalam
kedudukan paling sukar dan bahaya kerana tidak ada lagi ‘bakal Perdana
Menteri” yang boleh jamin kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk cina.
DAP patut bimbangkan yang itu, bukan hal
Terengganu dimana DAP tidak ada kepentingan langsung. Satu kerusi pun
takda, jangan kata kalah bertanding, bertanding pun tidak (menunjukkan
tidak ada minat), tapi nak sibuk apa yang kerajaan Terengganu nak buat,
lantak dialah, DAP sibuk apa?
Rakyat Terengganu pun tak memekak macam DAP.
Orang macam Lim Lip Eng, apa tahu pasal hukum hakam Islam? Dia bukan Islam pun tapi sibuk pulak dalam hal-hal orang Islam.
Yang mengaku Islam dalam PAS, PKR mahupun
DAP sendiri tak boleh terangkan pada botak ni hukum hakam sembahyang
Jumaat dan kelonggaran yang boleh diberikan kepada penguatkuasa untuk
tujuan menjalankan penguatkuasaan?
Cakap benda yang dia tak faham ni, bukan
sahaja boleh jadi bahan ketawa tapi kalau berterusan, boleh menjejaskan
keharmonian kaum di negara kita. Banyak dah cakap pasal ni tapi entah
kenapa takda tindakan.
Tak faham satu hal lah, tapi komen hal yang dia tak faham tu, menunjukkan bersalah.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment