Tuesday, April 14, 2015
Dosa Najib Terhadap Tun M Hanya Satu – Enggan Jadi Bonekanya
15 April 2015, Kuala Lumpur : NAMPAKNYA permainan politik Tun Mahathir
Mohamad sudah masuk fasa baru iaitu fasa simpati. Setelah Datuk Seri
Najib Tun Razak membalas dakwaan dan tuduhan tidak berasas Tun Mahathir
terhadap dirinya disamping mendapatkan sokongan dari luar dan dalam
UMNO, nada Tun Mahathir mula berubah seperti orang minta sedekah.
Kononnya beliau berkeseorangan, tidak tuduh hanya tanya dan seperti itu.
Ini semua teknik permainan simpati dan
tidak hairanah kenapa sudah ada seorang dua artis yang menyatakan
kasihan mereka kepada Tun Mahathir, seolah-olah semua ini Datuk Seri
Najib yang mulakan, bukan Tun Mahathir.
Bagaimanapun janganlah disalahkan
mereka, bukan semua orang nampak permainan politik yang seumpama ini.
Hormat rakyat kepada Tun Mahathir adalah hormat sebagai bekas pemimpin
bukan ahli politik. Buktinya, ketika beliau jadi Perdana Menteri,
bertubi-tubi jugalah orang tuduh beliau macam-macam.
Penulis nak katakan disini, dalam hal
perbalahan ini Tun Mahathir adalah pemangsa dan Datuk Seri Najib adalah
mangsa. Datuk Seri Najib tidak mengusik Tun Mahathir langsung tapi
sebaliknya Tun Mahathirlah yang mula sekali melemparkan pelbagai tuduhan
tidak berasas kepada Datuk Seri Najib atas nama bertanyakan soalan.
Sama ada benar beliau bertanya soalan
atau sengaja mahu mencetus provokasi, masing-masing boleh rujuk kembali
kepada artikel Tun Mahathir bertarikh 2 April dan turutan selepas itu,
terutama dalam kes berkaitan Altantunya. Penulis berani katakan, tidak
ada soalan, yang ada hanya tuduhan dan permainan persepsi yang biasanya
dijuarai orang macam Anwar.
Hari ini Tun Mahathir pulak yang guna
pendekatan itu, jadi jangan hairan dari mana Anwar belajar permainan
persepsi ini semua, tengoklah tuk gurunya siapa.
Datuk Seri Najib tidak bersalah dalam
hal ini kerana Tun Mahathir yang memulakannya dulu. Perbincangan
tertutup yang diadakan, sebenarnya adalah platform Tun Mahathir untuk
menjadikan Datuk Seri Najib sebagai bonekanya, mesti buat apa yang
disuruh atau kalau tidak, inilah yang kita lihat berlaku sekarang.
Sebab itu lain yang dibincangkan dalam perbincangan tertutup itu, lain
pulak yang ditulis Tun Mahathir di dalam blognya.
Ini hakikat.
Persoalannya sekarang, wajarkah Datuk
Seri Najib disalahkan hanya kerana enggan jadi boneka Tun Mahathir?
Sama-sama fikir tapi bagi penulis tidak wajar. Datuk Seri Najib tidak
menjawab kepada Tun Mahathir tapi kepada rakyat.
Tidak ada siapa yang melantik Tun
Mahathir sebagai mewakili suara rakyat (atau sistem parlimen dan
pilihanraya yang ada sekarang perlu dihapuskan), beliau saja yang
perasan begitu.
Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment