Monday, April 13, 2015
Kenyataan Tun Mahathir keterlaluan- Hishammuddin
13 April 2015, Kuala Lumpur : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, menyifatkan kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap kepemimpinan negara adalah keterlaluan.
Justeru itu katanya, tidak guna menepis setiap dakwaan dibangkitkan
oleh Dr Mahathir kerana serangan bekas perdana menteri itu didakwa
sering berubah-berubah.
“Kita boleh berkata apa-apa sahaja jadi sekiranya benar cuba buktikan kenyataan itu. Biar agensi-agensi berkaitan siasat,”
“Ini bukan perkara baharu kita diserang dalam parti, perkara ini dah
lama berlaku namun disebabkan kekuatan dan kesepakatan kita masih mampu
berdiri teguh,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan,
Isnin.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mempersoalkan tujuan Dr
Mahathir membuat dakwaan tersebut sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak juga menjelaskannya.
Katanya, Perdana Menteri sudah menjelaskan segala isu berhubung
pelbagai perkara termasuk pelaburan dalam 1 Malaysia Development Berhad
(1MDB) tetapi Dr Mahathir masih terus mempersoalkannya.
Dr. Mahathir sejak awal bulan ini menggiatkan asakan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Antaranya mahukan penjelasan berhubung pihak mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan isu berkaitan 1MDB.
Dipetik daripada sumber : BNBBC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment