Monday, April 13, 2015
Hisham Telah Bersuara, Mengapa Shafie Masih Berdiam Diri?
13 April 2015, Kuala Lumpur : BILA Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein
bersuara mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari
serangan ‘tidak faham bahasa’ oleh Tun Dr Mahathir, ia adalah
sebenarnya mewakili suara seorang Naib Presiden yang mempertahankan
Presidennya.
Sekalipun kelompok pemuja Tun Mahathir
melihat kenyataan Hishamuddin sebagai tindakan seorang sepupu
mempertahankan sepupunya yang lain, tapi suka diingatkan, kalau tidak
kerana pesan Tun Razak kepada sepupunya Tun Hussein Onn dulu, Tun
Mahathir tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana
Menteri.
Faham sajalah maksud tu, kalau tidak, sila rujuk sejarah.
Takdir? BR1M juga adalah takdir, Altantunya mati pun adalah takdir tapi itu bukan penghalang untuk Tun Mahathir kan?
Kedua-dua mereka pun berada di dalam
kabinet Tun Mahathir dulu buat masa yang panjang. Bermaksud, Tun
Mahathir sendiri mengiktiraf peranan dan pengaruh kedua mereka sekalipun
tahu bersaudara.
Pendek kata, hubungan persaudaraan itu
bukanlah satu masalah sehingga kenyataan Hishamuddin mempertahankan
Najib hari ini nak dijadikan isu oleh pemuja Tun Mahathir kerana ia
(hubungan itu) diikiktiraf Tun Mahathir sendiri sewaktu berkuasa.
Yang penting sekarang ialah, setelah
Hishamuddin bersuara, kita semua menanti kenyataan sama dari seorang
lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal. Seorang lagi Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, awal-awal lagi telah menyatakan
sokongan terhadap Datuk Seri Najib.
Meskipun BNBBC Sabah telah membuat
kenyataan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri,
kenyataan dari Shafie sangat penting untuk memuktamadkan terus gerakan
menurunkan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir dan kumpulannya.
Bukan rahsia Tun Mahathir sedang
menyebarkan fahaman salah dikalangan segelintir pemimpin UMNO yang
dipanggil ke pejabatnya bahawa Datuk Seri Najib sedang kehilangan
sokongan dari UMNO.
Tapi kesedaran bahawa dakwaan itu adalah pembohongan semata mata mula ketara setelah satu persatu dari top 5 dalam
UMNO seperti Timbalan Presiden, 2 Naib Presiden dan Setiausaha Agung
sudah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Hanya menanti kenyataan dari Shafie saja sekarang lepas itu Tun Mahathir boleh hidup dalam dimensinya sendiri.
Dipetik daripada sumber : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment