Monday, April 13, 2015
Ini Jawapan Yang Tun M Mahu?
14 April 2015
Pada pandangan penulis, sesiapa saja yang berani menongkah arus untuk
tidak bersetuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
maka mereka itu perlu bersedia untuk dimaki hamun, dicerca dan dituduh
dengan pelbagai tuduhan yang bukan-bukan.
Jika yang tidak bersetuju dengan Tun M itu dari golongan pemimpin,
maka mereka akan dituduh sebagai ‘penjilat’, ‘tukang kipas’, ‘tukang
bodek’, ‘gila jawatan’, ‘gila kuasa’, ‘mahukan projek’ atau ‘pengkhianat
perjuangan’.
Sekiranya yang bersuara membantah kenyataan negarawan itu merupakan
orang biasa seperti penulis dan rakan-rakan yang lain, maka golongan
seperti kami akan dihina sebagai ‘macai’, ‘dibayar’, ‘telah dibeli’,
‘diarahkan’, ‘barua’ dan banyak lagi tuduhan lain.
Pada pandangan penulis, jika tuduhan yang dilemparkan itu benar,
tidak mengapalah.
Namun sekiranya tidak berasas, tidak tepat dan palsu,
bagaimana? Ada ingat tentang dosa dan pahala? Entahlah, kita serahkan
saja pada Allah SWT. Itulah harga sebuah perjuangan…
Baru-baru ini, Tun M ada menulis lagi. Dalam tulisannya kali ini,
beliau melepaskan geram terhadap soalannya yang kononnya tidak dijawab…
Sebagaimana yang penulis katakan sebelum ini, jawablah beratus juta
kali pun dengan jawapan yang benar, bernas dan logik, Tun M tidak akan
menerima jawapan tersebut sebagai ‘jawapan yang beliau mahu’.
Jadi, sebarang jawapan yang tidak menepati ‘skema’ kertas jawapan di
hatinya akan ditolak, dipangkah dan bakul sampahkan. Tolonglah jawab
menepati kehendak dan skema yang beliau sudah tetapkan.
Dari riak penulisan dan serangan Tun M itu, penulis menjangkakan
bahawa jawapan yang beliau mahukan ialah ‘NAJIB LETAK JAWATAN’.
Maksudnya, selagi Najib tidak letak jawatan, maka selagi itulah beliau
akan dakwa “soal tak jawab’!
Para pembaca perlu tahu tentang sikap dan sifat semulajadi Tun M.
Beliau sentiasa mahu menang. Dia seorang saja yang betul dan yang lain
semuanya salah. Malah dalam pemerhatian penulis, ego Tun M lebih tinggi
dari langit dan tidak mungkin beliau akan mengaku salahnya selagi tidak
punya kepentingan.
Ingat lagi tentang Tun M ketika dia keluar dari UMNO semasa beliau
mendesak Pak Lah letak jawatan dulu? Beliau mengaku beliau salah di
depan orang ramai kerana memilih Pak Lah sebagai penggantinya. Padahal,
kita semua tahu itu semua hanyalah ‘propa’ untuk menjatuhkan Pak Lah
ketika itu…
Masih ingat lagi tentang Anwar Ibrahim? Tun M juga pernah mengaku
tersalah langkah terlalu memandang tinggi terhadap ‘anak emas’nya itu.
Memang Anwar teruk dan ‘virus’.
Tapi mengapa selepas ‘sebelah kaki’ Anwar sudah berada di kerusi
Perdana Menteri, baru Tun M nak buang dia? Kenapa tidak dinyahkan lebih
awal ketika Tun Hanif Omar melaporkan bukti ‘kisah gelap’ Anwar? Kenapa
Tun M ‘pejam mata’ dan tidak mohon maaf pada kita ketika itu?
Malah ketika Anwar merosakkan UMNO dari dalam, penulis percaya Tun M
tahu tentang aktiviti ‘anak kesayangannya’ itu. Tan Sri Sanusi Junid
pernah menceritakan satu peristiwa di Sabah tentang bagaimana Anwar
menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba dengan “beg-beg besar’ yang
didakap kemas sebelum bertukar tangan.
Sekiranya Tun M benar-benar sayangkan UMNO dan perjuangan, mengapa
beliau tidak mengaku salah menjahanamkan parti keramat itu dengan
‘menternak virus perosak’ bernama Anwar di dalamnya? Kenapa tidak mohon
maaf? Ego?
Tun M kemudian meletak jawatan, kononnya UMNO sudah kuat ketika itu
untuk beliau tinggalkan. Benar Pak Lah menang besar pada PRU 2004, di
mana ketika itu beliau masih dilihat sebagai ‘Mr Clean’ sebelum beliau
dilihat sebagai ‘Mr Clan’ dan ‘Mr Tingkat 4′.
Untuk pengetahuan Tun M, gara-gara beliau membiarkan ‘virus’ itu di
dalam UMNO, maka budaya di dalam parti itu masih ‘rosak’ hingga kini.
Penulis akui Pak Lah gagal merawat kesan ‘virus’ itu sebelum ini.
Dan kini, Najiblah yang terkontang-kanting bersama kepimpinan sedia
ada, merawat ‘kanser’ hasil ‘virus ternakan’ Tun M. Ada Tun M bantu dan
minta maaf pada Najib?
Ada Tun M suruh ‘pewarisnya di Kedah’ membantu Najib? Dia tekan Najib
dengan ‘lapangan terbang mega’ di Kulim adalah. Konon sebelum ini
‘tidak harap bantuan Kerajaan Pusat”, tapi di sebuah konvensyen dia
merengek juga tentang ‘lapangan terbang’ di depan Najib.
Tapi nak sebut ‘kami sokong Najib’ pun susah sangat sampai kena
tunggu sampai 24 April, kan? Cakap saja terus terang, penulis yakin
semua orang faham dan kenal dia ‘anak bapak’, kan? Penulis tak kisah
pun…
Sudah-sudahlah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan sampai
‘nasi jadi bubur’. Penulis sendiri tidak suka mengungkit kembali kisah
dan kesalahan Tun M yang ‘dibutakan mata’ oleh penyokong taksubnya.
Berpijaklah pada bumi yang nyata dan kepentingan survival UMNO perlu
dijaga. Bak kata Tun M, ‘kalau marahkan nyamuk, janganlah dibakar
kelambunya’, kan? Kalau taksub sekali pun pada jasa Tun M, rasional dan
matanglah sikit…
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment