Sunday, May 31, 2015
Kerajaan Komited Bantu Wanita Berjaya Dalam Bidang Keusahawanan – Najib
31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Kerajaan akan terus membantu dan membimbing
golongan wanita negara ini untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, kata
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata komitmen kerajaan itu telah diterjemahkan melalui
pelbagai polisi pembangunan negara seperti dalam Bajet 2015 dan
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan di Parlimen pada 21
Mei lepas.
Katanya, antara sasaran dalam memartabatkan wanita dalam ekonomi
ialah memastikan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam
bidang korporat mencapai 30 peratus, dan di sektor awam, wanita yang
berpangkat Jusa C ke atas telah melepasi 35 peratus.
“Kita akan terus bantu wanita kerana wanita penting untuk masa depan
negara kita,” katanya semasa merasmikan Pasarnita di sebuah pusat
beli-belah terkenal di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah
Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Penasihat
Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Najib, yang menyifatkan usahawan wanita sebagai golongan yang tekun
dan beramanah, dan untuk itu bimbingan dan galakan harus diberikan bagi
melonjakkan mereka ke kejayaan yang lebih tinggi.
Beliau juga turut menggesa usahawan wanita untuk mengoptima
kecanggihan kemudahan teknologi maklumat untuk memajukan perniagaan
mereka, termasuk menebusi pasaran di luar negara.
Mengambil contoh seorang usahawan rumpai air wanita di Semporna,
Sabah yang sebelum ini hanya menperoleh beberapa ratus ringgit sebulan,
tetapi kini mampu meraih RM30,000 sebulan setelah memasarkan produknya
dalam talian, katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan tapak kekal khusus untuk
usahawan Pasarnita berniaga yang akan terletak di tempat letak kereta
Bukit Nenas di Jalan Ampang di sini.
Tapak itu akan menyediakan platform kepada golongan usahawan wanita
bagi mempamer dan menjual produk-produk mereka, di samping melebarkan
jaringan perniagaan masing-masing.
“Ini merupakan tapak pertama dan banyak lagi tempat seperti
‘foodcourts’ (medan selera) dapat disediakan sebagai tempat untuk wanita
berniaga.
“Malah saya dapat bayangkan stesyen MRT bila siap nanti, kita akan
sediakan tempat. Malah terminal rel berkelajuan tinggi pun, mesti ada
sudut untuk wanita berniaga.
“Inilah harapan saya supaya kita boleh bantu wanita berjaya,” katanya.
Pada majlis tersebut, Najib turut menyaksikan upacara menandatangani
memorandum persefahaman antara wakil Pasarnita dan Persekutuan Rantaian
Runcit Francais (ARFF) ASEAN dengan Pasarnita yang diwakili
pengerusinya, Datin Paduka Datuk Nor Hayati Tan Sri Onn dan wakil
persekutuan itu, Prof Datuk Dr Jayles Yeoh.
Selain itu, beberapa wakil Pasarnita juga turut menandatangani
memorandum persefahaman dengan Global Network Sdn. Bhd., CNL Global
Network Sdn. Bhd., dan Malaysia South Asia Chamber of Commerce.
Pasarnita merupakan inisiatif Pejabat Penasihat Pembangunan
Keusahawanan dan Iktisas Wanita (KIW) dan diwujudkan tahun lepas bagi
menyediakan platform untuk membantu melahirkan lebih banyak usahawan
wanita.
Pada mulanya, Pasarnita menggunakan konsep ‘car boot sale’ di mana
para usahawan hanya perlu menggunakan kenderaan mereka untuk mempamerkan
hasil jualan.
Selepas mendapat sambutan menggalakkan, penganjur membuat keputusan
untuk menjadikan pusat-pusat beli-belah terkemuka sebagai tempat
sementara tapak perniagaan.
Antara barang-barang yang sering menjadi bahan jualan ialah produk
kecantikan, pakaian, barang perhiasan, hinggalah ke produk makanan
seperti kuih-muih.
Pasarnita kali ini, diadakan di pusat beli-belah Berjaya Times Square di sini selama tiga hari berakhir hari ini.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Shafie Afdal Tidak Lagi Sokong Najib ?
31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang
juga merupakan Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Afdal enggan
mengulas apabila ditanya pemberita mengenai sokongannya terhadap Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau sekadar menjawab “tak baik
cakap yang itu, no need to comment on that”.
Sehingga sekarang Shafie Afdal masih belum membuat sebarang kenyataan
yang beliau menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau
juga sudah berkali-kali mengulas tentang 1MDB di mana beliau sendiri
katanya mahukan jawapan sebenar tentang 1MDB walaupun Kabinet telah
memberi penerangan secukupnya sejak bulan February lalu kepada seluruh
ahli kabinet.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Anwar Najis Berdarah: Skrip Sama, ‘Sakitnya’ Saja Berbeza
EDITOR MENULIS...
31 MEI 2015
Saya tidak terkejut bila Anwar
mengadu mengalami pelbagai masalah kesihatan ketika di tahan di penjara
Sungai Buloh. Dia memang macam itu dari dulu pun. Dulu sakit belakang,
kena racun Arsenik dan sebagainya, hari ini najis berdarah, berat badan
turun dan entah apa lagi selepas ini.
Jenis ‘penderitaan’ berbeza tapi plot ceritanya itu juga.
Ini bukti, dalam banyak benda yang
berubah, Anwar tetap tak berubah.
Dia lebih gemar dengan cara lama,
cara yang dia tahu dulu berjaya tarik simpati rakyat.
Yang Anwar tak
tahu atau pura-pura tak tahu, rakyat sudah cerdik, bukan macam dulu.
Dia boleh bodohkan rakyat dalam soal
pengundi hantu bangla 40 ribu, blackout dan sebagainya masa PRU13 tempoh
hari sebab itu semua penipuan bentuk baru ketika ia bermula, orang
belum dengar lagi, sebab itu ramai yang percaya.
Lagipun waktu itu, orang sedang cari alasan macam mana nak benci kerajaan, itu saja.
Sedangkan soal Anwar ‘menderita’
pelbagai penyakit semasa dalam penjara ini, memang cerita lama. Macam
yang penulis sebutkanlah, dulu pun pernah terjadi. Tambah pulak umur
pun bukan muda, 68 tahun dah, apa nak hairan macam-macam benda datang?
Saya juga berpendapat ini adalah
balasan tuhan kepada Anwar, karma lebih kurang.
Yelah, dia liwat orang
sampai mungkin ada yang berdarah dubor, sekarang Tuhan bayar cash pada
dia, rasa pulak berdarah kat dubor macam mana. Dulu kau buat orang,
sekarang ambiklah bahagian.
Orang putih kata, whats goes around, comes around.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Jangan Putar Belit Keadaan 1MDB – Arul Kanda
31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul
Kanda, mengeluarkan kenyataan akhbar lewat malam tadi menjelaskan
bayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) diterima daripada International
Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi bukan pinjaman.
Arul Kanda, berkata bayaran berkenaan adalah transaksi perniagaan, bukan pinjaman atau tindakan menyelamat.
“Ia adalah pembayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian
meluas untuk menyelesaikan secara menyeluruh pelbagai transaksi aset dan
liabiliti kewangan antara IPIC, Aabar dan 1MDB.
“Maklumat lanjut berhubung transaksi berkenaan akan dimaklumkan tidak
lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini awal pagi ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan kelmarin
berhubung pembayaran AS$1 bilion yang akan diterima 1MDB pada atau
sebelum 4 Jun ini.
Syarikat pembangunan strategik kerajaan itu akan menggunakan dana
berkenaan untuk melunaskan lebih awal hutang RM3.5 bilion kepada satu
sindiket bank peminjam antarabangsa.
Susulan daripada kenyataan itu, Arul berkata, pihaknya bimbang dengan
dakwaan daripada pelbagai pihak bahawa pembayaran AS$1 bilion itu
adalah pinjaman yang menyebabkan 1MDB menanggung hutang tambahan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya kelmarin menyebut, 1MDB akan
menerima bayaran AS$1 bilion selepas memeterai perjanjian dengan IPIC
dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar). Menteri Kewangan II,
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemerolehan dana itu
menandakan satu langkah penting ke arah mengurangkan kadar hutang
keseluruhan 1MDB.
“Ia adalah antara aspek penting dalam pelan rasionalisasi yang saya
bentangkan sebelum ini kepada Kabinet, yang mana kami jangka akan
dilaksana sepenuhnya menjelang awal tahun depan,” katanya. Ahmad Husni
berkata, beliau juga membentangkan pelan rasionalisasi kepada Kabinet
hasil rumusan kajian strategik 1MDB yang diumumkan pada Februari lalu.
Pelan rasionalisasi itu antara lain akan menyaksikan komponen
perniagaan 1MDB dipecahkan kepada tiga syarikat iaitu Edra Energy, Tun
Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia, dengan autonomi dan
akauntabiliti terhadap prestasi kewangan masing-masing.
Bagaimanapun,
Kementerian Kewangan akan kekal sebagai pemegang saham utama TRX dan
Bandar Malaysia, yang mana ekuiti akan ditingkatkan melalui pelabur
pihak ketiga.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Wowww..Calon Presiden PAS Tidak Kisah Dituduh Proksi DAP
EDITOR MENULIS...
29 Mei 2015
Samada
tuduhan atau sekadar persepsi, adalah lebih bijak bagi seseorang
individu itu memberi penerangan lantas menafikan sekiranya ianya tidak
benar.
Apatah lagi, jika tuduhan tersebut
bersifat “direct”, serta tidak memerlukan sebarang penyiasatan, atau
audit yang terperinci bagi membuktikan dirinya tidak terbabit.
Namun, apa yang sedang berlaku ke atas
Ahmad Awang cukup aneh, apabila beliau sendiri tidak kisah digelar
“proksi DAP” di dalam PAS. Tidak kisah bermakna ada kebenaran tuduhan
tersebut. Adakah begitu?
Saya sendiri terkejut dengan kenyataan
beliau di dalam sebuah portal, yang secara tidak langsung seolah-olah
bersetuju dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di kalangan
penyokong PAS.
Berdasarkan cerita-cerita politik, Ahmad
Awang didakwa individu yang menentang keras pembentukan kerajaan
perpaduan UMNO-PAS di Perak pada 2008. Jika ianya benar sekalipun,
rasanya ia bukan asas yang kuat untuk melabel beliau sebagai “proksi
DAP” di dalam PAS.
Walau bagaimanapun, mana mungkin pokok bergoyang, andaikan tiada angin, kan?
Hakikatnya, kebelakangan ini Ahmad Awang
kerap muncul di media-media untuk membuat kenyataan yang dilihat
“menentang” kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang. Antaranya
ialah berkenaan isu hudud.
Dari pemerhatian saya, isu yang
dibangkitkan oleh Ahmad Awang mempunyai kecenderungan yang hampir sama
dengan isu yang dilontarkan oleh pimpinan DAP.
Nada dan irama yang sama,
dibantu “pitching” dan “falseto” dalam “key-note” yang sama, menjadikan
tuduhan atau persepsi ke atas dirinya seolah-olah hakikat sebuah
kebenaran.
Ia disokong dengan kenyataan empunya badan, bahawa dia tidak kisah jika dilabel sebagai “proksi DAP”. Hebat!
Suratan atau kebetulan, bukanlah perkara
utama. Yang penting, apakah PAS akan mengorak langkah drastik dengan
meminggirkan prinsip dan perjuangan yang sekian lama menjadi kiblat
politik mereka, lantas mengangkat Ahmad Awang sebagai Presiden yang
baru.
Segalanya akan terungkai apabila Muktamar PAS ke 61 melabuhkan tirainya hujung minggu hadapan.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Hadi Hanya Pandai Pidato Tapi Tak Boleh Tawan Terengganu - Mat Sabu
31 Mei 2015, Kuala Lumpur : Krisis politik melibatkan dua pemimpin utama Pas
semakin meruncing, apabila Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu
secara terbuka mengkritik dan menyindir Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
ketika menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN,
di Tumpat semalam.
kegagalan Presiden Pas itu menawan Terengganu dan menyindir Ahli
Parlimen Marang itu yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.
Tegasnya, Pas tidak mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya
sekiranya tidak mendapat bantuan parti lain dalam pakatan pembangkang.
Pada masa sama beliau turut dilihat menyindir Abdul Hadi yang diakui
seorang tokoh politik dan agama yang cukup hebat di Terengganu, namun
kekuatan serta kelebihan tersebut masih belum cukup membantu Pas
merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).
“Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramah, kuliahnya di Rusila
kereta ‘parking’ berbatu… jadi macam pekan hari, tapi bila pilihan raya
tetap tidak boleh ambil Terengganu daripada BN.
“Sehinggalah pada tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita
memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui
pakatan. Bagaimana nak kuasa?
Kita kena berpakat,” katanya ketika
menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN di sini
malam tadi.
Yang turut sama calon Presiden Pas, Ahmad Awang dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari.
Abdul Hadi sebelum ini membayangkan persoalan sama ada Pas akan terus
bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya bakal terjawab selepas
Muktamar Tahunan parti itu yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun
ini.
Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikaian
membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang
Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Malah pemimpin-pemimpin DAP terutama Setiausaha Agungnya yang belum
disahkan, Lim Guan Eng secara berterusan mengkritik Presiden Pas itu
termasuk mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya
hati bersama UMNO.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Hishammuddin: Kod tata laku cara terbaik urus tuntutan di Laut China Selatan
29 Mei 2015, Kuala Lumpur : Malaysia
yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk
menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan dan oleh itu
menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan, kata Menteri
Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan
penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan
laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya.
Beliau memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan
konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang
membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh
menimbulkan ketegangan atau keburukan.
Sambil menyifatkan isu itu seperti ‘bangkai gajah yang tidak boleh
ditutup dengan nyiru’, Hishammuddin berkata: “Isu Laut China Selatan
adalah satu masalah lama.
“Ia melibatkan maruah serta ‘air muka’ negara terbabit. Jika kita
tidak berhati-hati, ia pasti boleh bertukar menjadi antara konflik
paling berbahaya pada zaman kita, kalau pun bukan dalam sejarah.”
Hishammuddin berkata demikian ketika berucap pada Dialog Shangri-La
Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 – Sidang Pleno Ketiga
bertajuk Mencegah Peningkatan Konflik, di sini hari ini.
Menurut beliau, Malaysia amat menyedari kepentingan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.
“Sebab itulah kami sentiasa menganjurkan agar diplomasi diberi keutamaan dalam menangani pertikaian ini.
“Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Menteri Pertahanan
Indonesia Jen (B) Ryamizard Ryacudu pada sesi sebelum ini, mekanisme dan
amalan ASEAN adalah bertujuan menggalakkan dialog secara aman diadakan.
“Sesuatu resolusi keamanan perlu diterima semua negara terb bit dan
ASEAN perlu dikekalkan sebagai prinsipnya dan sebagai satu-satunya forum
bagi negara Asia Tenggara untuk mencari sesuatu penyelesaian,” katanya.
Ketika menegaskan bahawa dialog dan kerjasama rapat antara negara
adalah sangat penting, Hishammuddin berkata terdapat banyak contoh
bagaimana rundingan mengenai kawasan yang menjadi pertikaian boleh
diselesaikan tanpa campur tangan ketenteraan.
Beliau menyebut tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia
berhubung kepulauan Sipadan dan Ligitan yang berjaya diselesaikan secara
baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Katanya lagi, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung
Pulau Batu Putih juga diselesaikan melalui kaedah serupa dan ini
menunjukkan bahawa diplomasi dan pematuhan terhadap undang-undang
antarabangsa boleh dan perlu dipelihara.
Hishammuddin seterusnya berkata: “Kita perlu berwaspada dengan
kejadian yang tidak dijangka atau yang berlaku dengan tiba-tiba di
perairan berkenaan.
“Seperti yang sering saya tegaskan, retorik berapi-api dan perbuatan
saling melemparkan tuduhan, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana
negara.
“Isu ini memerlukan satu resolusi yang dipacu oleh sikap saling
menghormati dan saling mempercayai. Ia akan memakan masa, tetapi saya
yakin bahawa berkat kesabaran, kebijaksanaan dan kekentalan semangat
kita bersama, kita boleh maju ke hadapan.”
Hishammuddin berkata semua negara bebas untuk bertindak di kawasan
kedaulatan masing-masing seperti yang mereka rasakan wajar, tetapi
mereka juga patut sedar tentang akibat dan kesan daripada tingkah laku
mereka.
“Kita bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan, bukan
sahaja untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan
datang,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Bernama
JPP Jentera Transformasi Sosial Di Bandar – Najib
29 Mei 2015, Putrajaya : Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)
yang dilancarkan hari ini memainkan peranan sebagai jentera perubahan
transformasi sosial yang bermakna kepada negara di kawasan bandar.
Beliau berkata JPP, yang dianggotai wakil masyarakat setempat dalam
kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT), akan menyebabkan berlakunya satu
ledakan evolusi pentadbiran negara dengan masyarakat mencerminkan negara
maju.
Katanya negara maju tidak akan lengkap jika penduduk bandar tiada
kepimpinan yang mencerminkan masyarakat yang mahu perubahan, dinamik dan
mahu satu impian yang hebat untuk negara.
“Hubungan emosi (antara kerajaan dan penduduk bandar) longgar. Jadi
ia boleh diperbetulkan melalui kepimpinan JPP,” katanya ketika
melancarkan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk peringkat Kebangsaan yang
dihadiri 4,000 anggota jawatankuasa JPP di sini.
JPP, yang diilhamkan Najib, berperanan menjadi pemudah cara antara
agensi kerajaan persekutuan dan rakyat bagi mewujudkan bandar yang
sejahtera.
Najib berkata JPP perlu memainkan peranan sebagai jentera yang
penting seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di
luar bandar.
Beliau berkata penubuhan JPP merupakan satu inisiatif kerajaan
persekutuan bagi melaksanakan transformasi pengurusan bandar
memandangkan kini hampir 70 peratus penduduk negara ini tinggal di
bandar.
“Angka ini akan terus meningkat kepada 75 hingga 80 peratus menjelang 2020,” katanya.
Selain transformasi ekonomi dan kerajaan, Najib berkata transformasi
sosial mesti berlaku khususnya di kawasan bandar yang berdepan dengan
pelbagai cabaran dan masalah yang kompleks serta harapan penduduk bandar
yang lebih tinggi.
“Kalau jalan ada lubang atau parit tersumbat, harapan masyarakat
bandar ialah kerajaan ada jalan penyelesaiaan dan tindakan segera.
Jangalah sampai berbulan-bulan lubang itu tidak dikambus dan parit
sampai tersekat aliran.
“Tapi masalah di bandar bukan setakat itu sahaja, isu keselamatan
jenayah tidak boleh serah kepada polis sahaja. JPP mestilah memainkan
peranan wujudkan konsep bandar selamat dan membuat rondaan dan
mengalakkan masyarakat membuat sesuatu menjaga kawasan masing-masing,”
kata Najib.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata JPP dibentuk untuk menjadi
jambatan merapatkan hubungan emosi yang renggang antara kerajaan dengan
rakyat di bandar dan membolehkan kerajaan menjadi ‘telinga pertama’
mendengar permasalahan rakyat.
“Peranan kerajaan persekutuan tidak dirasai di kawasan bandar
walaupun lebih 70 peratus perkhidmatan yang diberi seperti kesihatan dan
keselamatan datang daripada agensi persekutuan,” katanya.
JPP memberi peluang dan menggalakkan penyertaan penduduk dalam
program-program dan pembangunan di kawasan bandar bagi kemampanan
kejiranan.
Penduduk juga akan berpeluang mengemukakan pandangan dan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat setempat untuk diambil tindakan oleh kerajaan.
Sebanyak 2,288 JPP diwujudkan di 98 PBT di seluruh negara kecuali di
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan,
Pihak Berkuasa Tempatan dan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Lembaga
Bandaran Johor Tenggara dan Lembaga Kemajuan Tioman serta Sabah dan
Sarawak.
Setiap PBT dipecahkan kepada 24 zon JPP dan bilangannya boleh diubah
suai berdasarkan kepadatan penduduk serta isu berbangkit di PBT
terbabit.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Rafizi Menipu, Kutip Dana Awam Tidak Sah – Ramesh Rao
28 Mei 2015, Kuala Lumpur : (Malaysian Gazette)
– “Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak
mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal
ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah
melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB.”
Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan
Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang
tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.
“National Oversight Whistleblowers atau
NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah
sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan
sebagai Pengarah Elsekutif.”
“Kutipan dibuat melalui orang ramai
bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri
sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” dakwanya ketika ditemui selepas
membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.
Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.
“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”
“Apabila saya buat semakan, barulah
terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi
mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu
adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak
polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi
yang menjadi mangsa penipuannya.
Bercakap tentang jumlah kutipan yang
berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang
boleh memberi jawapannya.
“Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Friday, May 29, 2015
Mahu Percaya Fakta Atau Persepsi? Bergantung Pada Agenda Pihak Terbabit
29 Mei 2015, Kuala Lumpur : Setiap penerangan dan penjelasan yang telah
diberikan oleh kerajaan ia akan menjadi suatu fakta atau persepsi adalah
bersandarkan kepada niat seseorang individu itu untuk menerimanya,
jelas penganalisis politik, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam.
Menurut beliau, segala persoalan yang timbul sama ada daripada
persepsi awal atau kekeliruan perlulah individu itu mendasari dengan
tindakan yang rasional dengan mempertimbangkannya apabila telah dibuat
penjelasan, begitu juga dengan pencerahan yang telah dibuat oleh
kerajaan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kalau penerangan itu memang disertakan dengan bukti-bukti perkara yang munasabah maka kita harus menerimanyalah.
“Jadi bagi saya, apa sahaja yang diterangkan dan banyak perkara yang
telah diyakinkan, dengan penubuhan satu jawatankuasa mengkaji 1MDB
pelaksanaan dan sebagainya, dan lepas itu kita dapati audit negara juga
membuat pemeriksaan atas isu ini.
“Jadi bagi saya, sebagai orang yang munasabah atau rasional akan
menerima itu sebagai perkara yang positiflah tindakan-tindakan itu dan
kita nantilah laporan-laporan dan sebagainya,” jelas beliau kepada
UMNO-Online.
Tetapi wujud juga di dalam pemikiran dan jiwa sesorang itu masih ragu
dan sememangnya tidak mahu perkara itu dijawab supaya membiarkan
perkara itu salah, walhal penerangan-penerangan telah diberi untuk
memperbetulkan persepsi dan pemahaman mereka, tambahnya lagi.
“Memberi mereka maklumat tetapi ada setengah orang boleh terima sebab
dia memang hendak tahu, itu jenis orang yang munasabah maknanya
rasional.
“Masih meragui nantilah laporan, tapi kalau laporan pun masih tidak
boleh diterima, masih lagi nak mengatakan laporan itu salah, atau
Perdana Menteri (PM) salah, Barisan Nasional (BN) salah, maka memang
kamu takkan terima,” tegasnya lagi.
Justeru itu juga, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia,
Universiti Malaysia Perlis (UniMap) itu berpandangan bahawa ia
bergantung kepada niat yang sebenarnya, sama ada mahu menerima setiap
penjelasan ataupun menafikannya bahkan ada yang bukan sahaja tidak
menerima malahan mengalihkan kepada isu yang lain pula.
“Jadi persepsi ini bergantung kepada niat dia dan dia punya agenda,
bagi saya pembangkang tiada agenda untuk menerima kebenaran daripada BN,
kerajaan mahupun PM.
“Mereka memang suka besarkan perkara-perkara itu sebab memang itu
agenda mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN, hendak burukkan kerajaan.
“Sepatutnya mereka terima macam dia terima penerangan perkara-perkara
lain, kenapa boleh terima penerangan yang lain misalnya tetapi tidak
boleh terima penerangan 1MDB?,” soal beliau.
Beliau seterusnya berkata sememangnya tugas kerajaan untuk menjawab
segala persoalan yang ditimbulkan dan tidak perlu takut kepada isu-isu
yang timbul kerana sememangnya pembangkang bergantung kepada isu-isu
yang menyalahkan kerajaan.
“Kerajaan tidak menyembunyikan apabila sesuatu ditimbulkan, kerajaan menjawab kerana kerajaan telus dan terbuka,” ujarnya.
Beliau juga menyatakan kehairanan mengenai penerimaan segelintir
masyarakat yang lebih percaya bulat-bulat kepada isu-isu negatif yang
menyentuh kerajaan terutama yang dipersembahkan di media sosial tanpa
menyelidiki dan menyiasat, tidak seperti penerimaan sesuatu perkara
apabila menyentuh individu itu sendiri yang serta-merta diminta bukti.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Wednesday, May 27, 2015
Pembangkang Diselar Kritik RMK-11 Tiada Langsung Kebaikan
27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Setelah puas mendengar pelbagai dakwaan dan
tohmahan berhubung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dilontarkan
pihak pembangkang, seorang anggota Parlimen kerajaan hari ini bertindak
menempelak mereka yang disifatkan hanya pandai mengkritik.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyelar tindakan
anggota-anggota Parlimen pembangkang yang dikatakan berbahas seolah-olah
tiada langsung kebaikan dalam perancangan lima tahun kerajaan itu.
“Saya mendengar hujah dalam dua tiga hari ini, nampaknya tiada pun
dalam enam teras RMK11 ini boleh diterima pembangkang, saya hairan di
negara lain pun ada pembangkang tapi tiada yang macam ini, mereka
menyokong dasar kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.
“Tetapi pembangkang di negara kita ini, kerjanya bangkang terus, sama
ada kerajaan buat betul, dia kata salah, buat salah lagilah salah,”
katanya ketika membahaskan usul RMK11 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Bung Moktar berkata sewajarnya, walaupun berada di pihak pembangkang,
namun mereka sepatutnya menyokong dasar-dasar yang membawa manfaat
kepada rakyat dan negara, sekali gus bersama-sama menjayakan agenda
pembangunan Malaysia.
Sindirian Bung Moktar mengundang reaksi bantahan daripada beberapa
anggota Parlimen pembangkang termasuk Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok
Sena); G. Manivannan (PKR-Kapar) dan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh)
yang mempertikaikan kaitan kenyataan itu dengan RMK11.
Bung Moktar kemudian menjelaskan kepada dewan bahawa dalam
melaksanakan RMK11, negara perlu mempunyai kekuatan dan kestabilan
politik yang secara tidak langsung akan membawa kepada kekuatan ekonomi.
Beliau berkata kerajaan sememangnya mempunyai kelemahan, namun ia
memerlukan kerjasama semua pihak dalam menjayakan setiap perancangan.
“Lautan mana tidak bergelora, hati mana yang tidak terluka, tetapi
kita tidak seperti pembangkang, tidak tuding menuding, kita bahas dan
kita kemukakan pandangan,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Pulang Sahaja Dari Timur Tengah, Kini DAP Mampu Tarbiyah PAS
EDITOR MENULIS...
28 Mei 2015
Beberapa
bulan yang lalu, DAP telah mengorak langkah dengan mula memasuki
blok-blok pengundi baru, yang selalunya cukup dominan kepada PAS iaitu
Timur Tengah.
Berbekalkan alasan lawatan muhibbah, DAP
kini mempunyai akses untuk mempengaruhi blok-blok bakal pengundi dan
pemimpin masa hadapan untuk PAS. Saya percaya, DAP mensasarkan 2
perkara pokok. Pertama, samada meraih sokongan mereka untuk bersama-sama
DAP sekaligus bakal ditawarkan jawatan di dalam parti itu. Kedua,
mereka boleh menyertai PAS yang kemudiannya akan dibantu untuk menduduki
kerusi kepimpinan, sekaligus membantu DAP “menguasai” sekutu mereka
itu.
Perancangan masa hadapan ini sangat
penting kepada cita-cita DAP, dan penetapan “kunjungan muhibbah” ini
bakal dijadikan modus operandi mereka setiap tahun. Percayalah.
Merangkakan strategi ampuh, DAP tidak
memerlukan penerimaan secara besar-besaran, cukup dengan sekelumit ruang
untuk “menyuntik jarum berbisa” mereka kepada blok-blok yang selama ini
dikuasai oleh PAS.
Lim Kiat Siang berucap di Kelantan
menyanggah hudud, sementara Zairil Khir Johari berhujah tentang
ketidaksesuaian perlaksanaan hudud di Kelantan setelah pulang dari
“lawatan muhibbah di Timur Tengah”.
Apakah ahli PAS fikir, antara peluang yang diperolehi oleh Kit Siang, dan kenyataan Zairil itu adalah bersifat kebetulan?
DAP kini berbangga-bangga dalam soal
hudud, kononnya hujah mereka adalah berpaksikan lawatan ke atas 2 negara
di Timur tengah, lantas meletakkan isu hudud sebagai isu politik, dan
bukannya isu agama.
Tentunya ini merupakan sesuatu yang perlu
diperlu dijawab oleh PAS memandangkan isu Hudud antara isu yang lama
diperjuangkan oleh PAS. Apatah lagi kini sekutu mereka itu menggambarkan
seolah-olah lebih memahami Islam berbanding PAS.
Bukankah PAS yang harus mentarbiyah DAP?
PAS perlu ingat, bagaimana mereka
mengkafirkan UMNO dalam skala yang besar, yang akhirnya mengakibatkan
perpecahan yang serius di kalangan umat Islam. Salah satu puncanya
adalah isu Hudud itu sendiri.
Lim Kit Siang menyanggah hudud di
Kelantan, kubu kuat PAS. Zairil memecah tembok pengkaderan PAS di Timur
Tengah, dan tiba-tiba pula Mat Sabu mengeluarkan kenyataan agar budaya
kafir mengkafir perlu diberhentikan.
Bukanlah saya tidak bersetuju dengan
kenyataan Mat Sabu itu, tetapi sekadar menarik perhatian pembaca kepada
masa dan ketika isu ini dimainkan menjelang Muktamar PAS ke 61 yang
bakal berlangsung bulan depan.
Seperti satu kempen dengan strategi yang cukup licik.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Keluarga Kit Siang Mahu Praktik Gaya Kuku Besi Ke Atas Rakan Sekutu Mereka
28 Mei 2015, Kluang : Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata,
Dap kini dilihat bukan berusaha untuk memulihkan pakatan pembangkang
yang kini retak menanti belah tetapi adalah untuk mengukuhkan kuasa bagi
mengawal rakan sekutu mereka.
Jelasnya, kerana itulah tanpa berselindung Dap terus-terusan
menyerang pemimpin ulama di dalam Pas dengan harapan mereka dapat
mengawal parti itu yang dilihat semakin lemah.
“Ramai yang mengetahui bahawa Dap adalah sebuah parti yang dominan.
Walaupun Dap, Pas dan PKR bergabung namun sebenarnya Dap ingin menguasai
Pas dan PKR agar kuasa mereka kukuh.
Secara halus mereka cuba
pecah-belahkan Pas dan PKR.
“Pas kini telah terbahagi kepada dua iaitu ulama dan liberal di mana
golongan liberal ini menyebelahi Dap. PKR juga telah terbahagi kepada
penyokong Wan Azizah dan Azmin Ali.
“Maka
Dap mengambil kesempatan ini untuk menyusun penyokong mereka dalam Pas
dan PKR agar mereka lebih berkuasa. Malangnya penyokong Pas tidak
melihat akan perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi, tindak tanduk Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng
tidak lebih menunjukkan betapa kedua-dua anak beranak ini mempunyai
sifat pemerintah yang mencengkam.
“Bagaimana kedua-dua mereka mencengkam Dap begitulah yang mereka mahu lakukan terhadap kedua-dua parti pakatan mereka.
“Kalau boleh mereka mahu semuanya tunduk dengan kehendak mereka. Kita
boleh lihat sahaja bekas-bekas pemimpin Dap yang telah keluar dari
parti itu. Hampir semuanya bertindak keluar atas faktor betapa
kedua-dua anak beranak ini mentadbir parti secara kuku besi”, ujarnya.
Justeru jelas beliau lagi, sekiranya Pas tidak mahu perjuangan azali
mereka berkubur maka mereka harus sedar dan penyokong Pas juga harus
menilai apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Jika perkara sebegini berlarutan, maka tidak mustahil Pas hanya akan tinggal nama, katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Lagi Jawapan Kritikan Terhadap GST, Dakwaan Dr Mahathir
27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini menjawab lagi kritikan yang dibuat terhadap beliau dan
kerajaan, dengan memberi fokus kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST), dan dakwaan yang disuarakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com, Najib
berkata: “Ia adalah sambungan kepada FAQ (soalan lazim) sebelum ini.”
Pada 17 Mei, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan berkenaan
serta respons beliau melalui blog itu, antaranya tuduhan berkaitan isu
Altantuya dan 1MDB.
Dalam respons beliau mengenai kritikan terhadap GST, Najib berkata:
“Saya faham bahawa beberapa kebimbangan disuarakan mengenai GST yang
diperkenalkan.
“Bagaimanapun, sebagai perdana menteri, adalah tanggungjawab saya
untuk membuat keputusan yang betul bagi seluruh rakyat Malaysia,
walaupun ia mungkin kelihatan sukar ketika ini.
“Kini, hanya seorang dalam setiap 10 orang rakyat Malaysia membayar
cukai pendapatan dan oleh itu, adalah penting bagi kami meluaskan asas
percukaian demi kebaikan ekonomi untuk jangka panjang.
“Lagi pun, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa 23 peratus
daripada hasil kerajaan ketika ini datangnya daripada minyak dan gas.
“Seperti yang dapat kita saksikan daripada kejatuhan teruk harga
minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak mampu mengekalkan
pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan aliran hasil itu semata-mata.
“Inilah sebabnya kami mengumumkan satu pembaharuan terhadap
sistem percukaian, dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan menggantikan
Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
“Pengenalan GST akan membantu kita dalam membina ekonomi yang lebih
kukuh, lebih lestari dan telus: Ia akan mengurangkan defisit kita,
membantu kita melabur untuk masa depan kita dan menolong memacu ke
hadapan pembangunan negara kita.
“Malangnya, daripada berusaha untuk memahami rasional dari segi
ekonomi dan manfaat jangka panjang yang akan dibawanya kepada rakyat,
sesetengah ahli politik sebaliknya menyerang pengenalan GST, dengan
menggambarkannya sebagai suatu langkah luar biasa dan tidak perlu bagi
sebuah negara seperti Malaysia.
“Sebenarnya, GST bukanlah suatu fenomena baharu. Lebih 160 negara
sudah melaksanakannya dan di ASEAN, dalam kalangan jiran-jiran kita,
Malaysia adalah negara kelapan yang memperkenalkan cukai ini.
“Di samping itu, kadar enam peratus yang dikenakan di Malaysia
sebenarnya adalah antara yang paling rendah di dunia. Secara
perbandingan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia semuanya
mengenakan kadar GST sebanyak 10 peratus.
“Namun demikian, saya dapati, sesetengah peniaga yang
tidak bertanggungjawab, kecil dan besar, dengan licik cuba mengambil
kesempatan daripada pengenalan GST untuk menaikkan harga lebih daripada
kadar enam peratus. Ini tidak boleh diterima sama sekali.
“Saya sudah mengarahkan jabatan berkenaan supaya meningkatkan
langkah penguatkuasaan bagi memastikan sebarang kenaikan yang dikenakan
pekedai dan pemilik perniagaan mestilah sejajar dengan kadar GST
sebanyak enam peratus dan sebarang perbuatan menyalahgunakan sistem ini,
yang memberi kesan negatif kepada pengguna, perlulah dihentikan.
Mengenai tuduhan Tun Dr Mahathir, Najib berkata: “Saya menerima
kritikan dengan fikiran terbuka dan akan terus menangani kebimbangan
serta maklum balas yang tidak berasas. Kita juga mestilah sentiasa
menghormati orang tua-tua kita yang telah banyak berjasa kepada
Malaysia.
“Namun demikian, saya tahu ramai yang percaya bahawa kini sudah tiba
masanya mereka membiarkan generasi terkemudian untuk mentadbir negara
ini dan ini termasuk mengatasi sendiri masalah serta cabaran yang ada.
“Malaysia adalah negara demokrasi. Saya dipilih oleh UMNO, dan oleh
rakyat negara ini untuk memimpin mereka. Jadi, saya mendapat mandat
daripada mereka dan saya bertanggungjawab kepada parti serta rakyat,
bukan kepada mana-mana individu.
“Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, anggota
parti dan rakyat boleh menggunakan hak demokarsi mereka melalui peti
undi.
“Di samping itu, banyak kritikan Tun adalah tidak adil atau
mengelirukan: beliau menentang pelaksanaan GST, walaupun semua ahli
ekonomi berwibawa percaya bahawa meluaskan asas ekonomi kita merupakan
perkara yang betul untuk dilakukan.
Hasilnya akan digunakan untuk kebajikan rakyat juga. Sebenarnya, idea ini pertama kali disuarakan semasa pentadbiran beliau.
“Tun mengulangi khabar angin jahat pembangkang tentang isteri dan keluarga saya.
“Sebagai contoh, ketika berucap di Ipoh baru-baru ini, beliau
menyebut tentang kenyataan rekaan yang dijaja pembangkang melalui
penggunaan sebuah artikel Utusan (Malaysia) yang dipinda.
“Beliau juga mengulangi tuduhan jahat yang dimulakan pembangkang
semasa pilihan raya umum lepas kononnya isteri saya memiliki cincin
berharga RM24 juta.
“Itu adalah suatu pembohongan dan syarikat yang memiliki cincin
itu menjelaskan secara terperinci ketika itu bahawa cincin seperti itu
tidak pernah dibeli oleh (Datin Seri) Rosmah (Mansor). Adalah dikesali
apabila seseorang yang berkedudukan seperti Tun tergamak menyampaikan
fitnah seperti itu kepada rakyat.
“Beliau juga mengulangi perbuatan pembangkang yang menimbulkan isu
berkaitan pembelian sebuah jet gantian oleh kerajaan dengan mendakwa
bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak menggunakan jet itu, dan menggelarkan
saya sebagai pembohong. Ini juga tidak benar – malah, baginda merupakan
penumpang VIP pertama yang menggunakan jet yang baru diterima itu untuk
penerbangan ke Langkawi, dan baginda akan terus menggunakannya.
Tun menjadikan cabaran kewangan yang dihadapi 1MDB sebagai alasan untuk menyerang saya.
“Memang benar, 1MDB kini berdepan dengan cabaran, tetapi bukanlah
hingga ke tahap seperti yang dituduh itu. Hakikatnya, sesetengah tuduhan
yang dibuat itu tidak mempunyai asas, sebagai contoh dakwaan Tun bahawa
saya bertanggungjawab bagi kerugian sebanyak RM42 bilion yang
terkandung dalam lembaran imbangan 1MDB.
“Nampaknya, ini merupakan suatu perbuatan yang sengaja
memutarbelitkan fakta kerana 1MDB tidak mengalami kerugian sebanyak itu.
Ini adalah jumlah hutangnya; hutang yang jauh lebih kurang daripada
aset syarikat itu yang bernilai RM51 bilion, seperti yang diaudit dan
disahkan oleh Deloitte.
“Kebanyakan syarikat besar di seluruh dunia mempunyai kadar hutang yang tinggi, jadi ini bukanlah suatu perkara luar biasa.
“Beliau juga mendakwa saya tidak menjawab isu-isu yang menyelubungi
1MDB, tetapi saya telah pergi lebih jauh daripada itu – dan mengarahkan
Ketua Audit Negara melakukan audit terhadap 1MDB, yang hasilnya akan
dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang
bersifat dwipartisan.
“Tun sering mendakwa beliau melakukan sesuatu itu kerana itulah apa
yang diberitahu oleh rakyat kepada beliau apabila mereka datang berjumpa
beliau.
Tetapi, beliau perlulah selidik dahulu sama ada tuduhan seperti itu
mempunyai bukti dan kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tentu sedar
bahawa kebanyakan tuduhan yang dibuat itu adalah mengenai perkara yang
berlaku di bawah pentadbiran beliau dahulu.
“Dan, selalunya, jawapan Tun ialah: “Mana buktinya?” Beliau patut melakukan ujian serupa terhadap apa yang beliau dengar itu.
“Walaupun begitu banyak yang telah dicapai dalam tempoh enam tahun
pertama pentadbiran saya, tetapi semua kemajuan yang dicapai negara kita
dan BN (Barisan Nasional) tidak diendahkan kerana lebih suka kepada
tuduhan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan oleh pembangkang.
“Kebanyakan perkara yang dikatakan oleh Tun tidak mempunyai objektiviti dan tidak betul sama sekali.
“Soalannya ialah – apakah yang menggerakkan Tun memilih saat ini
untuk mengulangi tuduhan jahat yang direka kumpulan pembangkang yang
sebelum ini beliau sendiri kecam sebagai pembohong itu?
“Sepanjang 22 tahun beliau berkuasa, Tun selalu mendesak agar anggota
parti perlu menyokong kepimpinan dan saya menyokong beliau ketika susah
dan senang.
“Saya berbuat demikian kerana ketika itu, dan malah, hingga kini pun,
saya percaya bahawa perpaduan parti merupakan prasyarat bagi apa yang
ingin kita capai untuk negara ini. Majoriti besar anggota UMNO masih
mengakui bahawa kesetiaan sebenar bererti bekerjasama untuk membina
parti demi kebaikan rakyat.
“Adalah sesuatu yang tidak betul sekiranya Tun dan mana-mana juga
anggota parti bertindak melemahkan kepimpinan parti hari ini semata-mata
kerana keinginan peribadi mereka tidak dipenuhi.
Kepentingan rakyat dan
parti adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.
“Saya dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan oleh
kerana saya diberi mandat, maka saya akan sempurnakan penggal saya
sebagai presiden parti dan perdana menteri.
“Keutamaan saya ialah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020
serta transformasi ekonomi, kerajaan dan politik untuk manfaat semua
rakyat Malaysia.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)