Thursday, June 11, 2015
1MDB: Tiada Jenayah/Wang Hilang, PM Akan Terus Pimpin Kerajaan
EDITOR MENULIS...
11 JUN 2015
Tun Dr Mahathir semalam memberikan
syarat yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus
memimpin kerajaan dan BN jika terbukti tidak ada jenayah berlaku dalam
1MDB dan wang RM 42 billion yang ‘hilang’ dapat dipulangkan.
Kenyataan beliau yang dipetik sebuah portal berita pro pembangkang adalah seperti berikut “Jika
tiada jenayah dikesan dan semua wang dipulangkan, Najib boleh kembali
sebagai perdana menteri dan memimpin BN dalam pilihan raya akan datang,”
Ini syarat senang sebab memang Perdana
Menteri masih Perdana Menteri (tidak perlu kembali), juga tidak ada
bukti Perdana Menteri mahupun 1MDB melakukan sebarang jenayah dan RM 42
billion yang dikatakan hilang itu sebenarnya tidak hilang, tapi dalam
bentuk hutang yang boleh diperolehi kembali.
Siapa yang kata hilang (bukan hutang) ... Tun Mahathir kata...
Tun Mahathir sendiri pun gagal kemukakan
sebarang bukti untuk mengatakan ada jenayah yang berlaku, dia sendiri
pun bergantung kepada apa yang dibisikkan orang kepadanya sahaja, dan
dokumen-dokumen palsu yang mungkin dibekalkan Sarawak Report.
Kalau nak diikutkan, hari ini pun sudah
dapat semula RM 42 billion itu kerana aset 1MDB sahaja bernilai RM 51
billion. Analoginya, kita ada hutang sebanyak RM 1,000, dalam masa yang
sama ada telefon yang kalau dijual bernilai RM 2,000 – terdesak sangat,
jual telefon dapatlah bayar hutang dengan lebihan sekali.
1MDB belum terdesak, perniagaan yang
dimilikinya sekarang mampu menjelaskan hutang mengikut tempoh yang
diberikan. Sekarang ini pun dah banyak hutang yang dibayar 1MDB.
Jadi jelaslah dengan kenyataan ini,
Datuk Seri Najib tidak perlu letak jawatan sebab tidak ada sebarang
keperluan untuk beliau berbuat begitu.
Isu 1MDB ini hanya disensasikan lanjutan
dari ketidak puasan hati segelintir pemain dalam industri tenaga yang
tidak berpuas hati kerana perniagaan mereka ‘diganggu’ dengan tindakan
1MDB mengambil alih syarikat-syarikat tertentu. Kebetulan, orang-orang
terlibat ada kemampuan berbisik dengan Tun Mahathir, tu yang kecoh tu.
Lain dari itu, tidak ada isu sama sekali
dan ini bukan cakap saja, tapi berdasarkan kepada semua petunjuk
termasuk dari laporan pendengaran PAC setakat ini, memang menunjukkan
tidak ada masalah berlaku atau wang hilang dan sebagainya.
Dipihak rakyat pun sama, tidak ada siapa
yang kena potong gaji, dibuang kerja, dapur tak berasap dan sebagainya
kerana 1MDB. Ada ke?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment