Thursday, June 11, 2015
Mahfuz Seronok Tanpa Jawatan Tinggi Dalam Parti? KahKahKahKah
EDITOR MENULIS...
11 JUN 2015
Puas saya hadamkan
apa yang cuba diperkatakan oleh Mahfuz ini, namun sehingga sekarang,
penghadaman itu masih tidak mampu diproses dengan baik.
Malah, hadam yang saya inginkan, gelak ketawa sambil airmata berderai pula yang menjelma dengan kenyataan Mahfuz ini.
Soal kalah atau menang, itu adalah adat
bertanding. Namun, menyatakan kegembiraan tatkala baru sahaja kalah
sangat anti-klimaks. Jelas, tiada keikhlasan dalam apa yang dia cuba
katakan.
Jika dengan tidak berjawatan di dalam PAS
digambarkan sebagai satu keseronokan, Mahfuz seharusnya memilih untuk
tidak bertanding. Ia lebih mudah, dan ikhlas. Jadi, kenapa perlu
bertanding? Demokrasi?
“Saya tidak akan bertanding mana-mana
jawatan di dalam PAS untuk muktamar kali ini kerana ingin menumpukan
segenap usaha di kawasan untuk bersama pengundi”.
Jika ayat diatas yang diungkapkan sebelum
muktamar yang lalu, saya yakin ramai yang memberi tabik hormat
kepadanya. Namun, ianya tidak berlaku.
Keseronokan yang dilafazkannya adalah manifestasi merawat hati yang terluka.
Mahfuz perlu bimbang, kerana perwakilan
PAS yang dipilih oleh ahli-ahli PAS yang mencecah 1 juta orang telah
memberi signal jelas terhadap penolakan ke atas dirinya, dan
kumpulannya.
Mungkin juga “keseronokan” yang
dimaksudkan ialah terasa bebas dari terikat dengan kepimpinan, lantas
memberi indikasi “pintu langit terbuka” untuk mengkritik pimpinan baru
PAS.
Sementara itu, Mahfuz dalam satu
kenyataan memberitahu bahawa keputusan meluluskan usul untuk memutuskan
tahaluf siyasi dengan DAP tanpa bahas merupakan arahan Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, keputusan tersebut diputuskan Hadi pada hari kedua muktamar minggu lalu.
Ingin saya ketahui atas motif apa
Mahfuz menceritakan hal dalaman parti. Apatah lagi, cerita tersebut
melibatkan susuk tubuh Presiden PAS sendiri. Seperti ada sesuatu
ketidakpuasan hati pula.
Musykil.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment