Friday, June 26, 2015
Bakar Bendera: Tidak Ada Apa Salah Dengan Kenyataan Ku Nan
EDITOR MENULIS...
26 JUN 2015
Ada pihak cukup tidak senang dengan
kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
yang menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat
insiden membakar bendera DAP oleh sekumpulan orang yang didakwa Pemuda
UMNO di Pulau Pinang.
Entah apa motifnya kita pun tidak tahu,
kerana dipandang dari sudut mana pun, itulah kenyataan paling munasabah
dikeluarkan Ku Nan apabila diminta mengulas tentang insiden tersebut.
Tambahan pula, DAP telah membuat laporan polis lanjutan dari insiden
berkenaan.
Jadi bahagian mana kenyataan Ku Nan itu salah?
Adakah kelompok yang tidak berpuas hati
ini mahu Ku Nan mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan seperti itu?
Adalah tidak masuk akal sama sekali untuk Ku Nan membuat kenyataan
menyokong perbuatan membakar bendera parti politik kerana ia mungkin
bertentangan dengan undang-undang.
Kalau pun Ku Nan nak menyokong tindakan
seperti itu atas nama mempertahankan maruah parti akibat tindakan DAP
meruntuhkan struktur logo UMNO di Pulau Pinang, ia tidaklah boleh dibuat
secara terbuka kerana itu akan memberi implikasi yang buruk kepada
reputasi beliau, UMNO dan kerajaan.
Apalah rupanya Menteri, merangkap Ahli
Parlimen membuat kenyataan menyokong tindakan membakar bendera parti
orang? Ada siapa pernah fikir panjang sampai ke situ ke?
Lagipun, lupakah kita bahawa Ku Nan pun
antara pemimpin UMNO yang terawal membuat ‘serangan balas’ ke atas
tindakan DAP di Pulau Pinang tersebut dengan mengarahkan DBKL mewajibkan
semua parti politik mempunyai permit untuk papan tanda yang dipasang di
bangunan mereka.
Jadi yang nak marah sangat dengan beliau
ni kenapa? Patutnya Ku Nan dijulang macam hero bukan dilempar dengan
maki hamun macam orang tak puasa.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment