Friday, June 12, 2015
Kemelut Dap – Pas… Drama Politik Khas Pilihan Raya Sarawak
12 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap
menyifatkan kemelut pertelingkahan Dap dan Pas ketika ini hanyalah satu
gimik politik ‘flip flop’ yang tiada berkesudahan bagi mengaburi mata
rakyat.
Ujarnya, ini hanyalah satu strategi pembangkang menipu rakyat
menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi memastikan isu-isu
tertentu tidak akan mempengaruhi pengundi Dap di sana.
“Jika benar Pas nak putus dengan Dap, dah lama dah mereka keluar
daripada pakatan pembangkang.
Ini tidak, sampai sekarang mereka masih
‘ding dong ding dong’ lagi. Nak putus tapi masih bersama.
“Sebab itu saya melihat ini hanya satu propaganda politik. Pas tidak
bersungguh untuk meninggalkan Dap dan pada akhirnya tidak mustahil
menjelang Pilihan Raya Umum (PRU), Pas dan Dap akan rujuk kembali,”
ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Anuar, kenyataan Pas yang mahu memutuskan hubungan dengan Dap
tidak disulami dengan kesungguhan dan bukti bagi menyokong apa yang
diutarakan.
Kerana itulah tegas beliau hajat Pas untuk ‘bercerai’ dengan Dap menimbulkan pelbagai tanda-tanya.
“Sejak dahulu lagi pakatan pembangkang memang terkenal dengan
permainan politik kotor. Pas sendiri sering membuat ‘u-turn’. Sebab itu
saya yakin pertelingkahan mereka ini sebenarnya sengaja direka kerana
mempunyai maksud tersirat dan tersurat.
“Oleh itu, rakyat perlu berhati-hati dan jangan mudah terikut rentak
tari mereka ini. Jika kali ini Pas bersunguh-sungguh dan berpendirian
tetap, mereka pasti tidak akan teragak-agak meninggalkan pakatan
pembangkang.
“Kita tunggu dan lihat sahaja permainan mereka. Tapi jangan nanti
dihujung cerita UMNO pula yang dikatakan menjadi punca pergaduhan
mereka,” katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment