Thursday, June 25, 2015
Putar Dan Tabur Maklumat Tidak Sahih Amalan Politik Pembangkang
25 Jun 2015, Kota Kinabalu : Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, penangkapan seorang
bekas pekerja Petro Saudi, Xavier Justo berhubung isu peras ugut
terhadap majikannya yang telah menimbulkan pelbagai tuduhan terhadap
1MDB, bakal mendedahkan lagi perkara sebenar apabila siasatan mula
dijalankan oleh pihak berkuasa kelak.
Katanya, penangkapan tersebut juga telah mendedahkan bahawa lelaki
yang berasal daripada Switzerland itulah yang dijadikan sumber utama
oleh sebuah portal politik, Sarawak Report, di dalam laporan mereka
terhadap 1MDB, sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap syarikat
tersebut serta menyebabkan kecelaruan politik di negara ini.
“Hari ini, dengan tertangkapnya dalang sebenar penyebaran maklumat
ini, kita bakal tahu akan perkara yang sebenarnya. Laporan akhbar juga
mengatakan bahawa segala maklumat yang diberikan kepada Sarawak Report
itu telah ditokok tambah. Ini bermakna maklumat tersebut tidak sahih dan
meragukan.
“Ini juga secara tidak langsung memperlihatkan, segala maklumat yang
bertaburan di alam maya sehingga mencetuskan konflik apabila beberapa
tokoh politik negara turut terpengaruh dengan maklumat tersebut, adalah
meragukan dan dilakukan oleh seorang individu yang hanya mahu membalas
dendam dan demi kemewahan dirinya sendiri.
“Saya yakin insyaAllah, selepas ini kita akan lihat pelbagai perkara
lagi yang akan didedahkan sepanjang siasatan yang dilakukan oleh oleh
pihak berkuasa terhadap lelaki tersebut,” ujarnya kepada UMNO-Online di
sini hari ini.
Justeru itu kata beliau, ini, jelas menggambarkan modus operandi
pembangkang yang tidak berubah di mana sering menggunakan maklumat yang
tidak sahih dari sumber yang meragukan untuk dijadikan isu, serta
dilontarkan kepada masyarakat umum tanpa mengira apa risikonya.
“Saya kira sikap seperti ini amat tidak bertanggungjawab, apatah lagi
ianya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik yang bercita-cita untuk
mentadbir negara. Apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang ini tidak
baik untuk iklim politik di negara kita. Jika tidak dikawal, ia boleh
mendatangkan risiko yang lebih besar akibat berita fitnah dan
pembohongan seperti ini.
“Sepertimana dalam isu 1MDB ini, sedikit sebanyak ianya memberi kesan
sehingga ada tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang termakan dengan umpan
pembangkang berhubung isu ini, dan mencetuskan sedikit kekalutan di
dalam UMNO dan juga telah menyebabkan timbulnya syak wasangka terhadap
Presiden kita sendiri,”jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat khususnya ahli-ahli UMNO
jangan mudah terpengaruh dengan rentak dan nyanyian isu-isu yang
didendangkan oleh pihak pembangkang dan ianya perlu disiasat dulu sejauh
mana kebenaranya.
“Justeru itu, saya berpandangan bahawa apa juga maklumat khususnya
tentang penyelewengan kerajaan atau pemimpin yang diberikan pembangkang,
hendaklah kita tapis dan siasat terlebih dulu.
“Jangan kita mudah terpengaruh dan terpercaya kerana ia memberikan
impak kepada keputusan kita.
Pembangkang pula, itu dah memang kerja dia
dan kita sendiri mestilah lebih bijak agar tidak terperangkap dengan
umpan strategi mereka,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment