Friday, July 24, 2015
Ada Berani Ker!!! Wakil Rakyat PAS Lompat Parti Perlu Kosongkan Kerusi - PAS Selangor
SHAH ALAM : Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen
dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan
Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih
dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
Beliau berkata, ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.
"Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS?. Kenapa
perlu berselindung?," katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah
akhbar berbahasa Inggeris pada Khamis yang menyebut tiga wakil rakyat
Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.
Adun Morib, Hasnul Baharuddin; Adun Hulu Klang, Saari Sungib; dan
Anggota Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata, mereka
adalah sebahagian dari GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam
Pakatan Pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan
penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam
pemilihan parti bulan lepas.
GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti
politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang
Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi
ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.
Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, PAS Selangor
menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal
diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment