Friday, July 24, 2015
Dengar Tu Yang Menyokong DAP!!!! Hadi : Mereka Yang Beriman Tidak Akan Berwalikan DAP
KUALA LUMPUR : Mereka yang merasai kemanisan perjuangan Islam tidak akan
menjadikan DAP sebagai wali mereka, demikian kata Presiden PAS Abdul
Hadi Awang hari ini.
Pada waktu yang sama, Hadi juga memuji sikap ahli parti Islam itu yang
terus setia dalam perjuangan tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau
kedudukan.
“Mereka yang tidak merasai kemanisan perjuangan Islam bersama fadilatnya tidak akan merasai hakikat ini.
“Mereka yang merasai kemanisan iman dalam perjuangan dapat membezakan di antara kawan dan wali.
“(Kita) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman.
“Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup
dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak
membezakan di antara kawan dan wali,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata-kata Hadi itu kelihatan dituju kepada kumpulan pemimpin progresif
dalam PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal
dijadikan sebuah parti Islam.
Kumpulan progresif ini atau G-18 kalah dalam pemilihan parti awal bulan
lalu kepada kumpulan ulama dan kini tidak berpuas hati dengan arah
perjuangan PAS.
Kumpulan ini berharap untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi
menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baru untuk mencabar Barisan
Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, Hadi memuji ahli dan penyokong parti, termasuk di kalangan
yang dianggap bodoh, miskin mahupun bangsat sentiasa dipelihara Allah
kerana ikhlas meneruskan perjuangan Islam.
“Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat
agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan
tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus
beristiqamah.
“Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan
Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak
mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai
cita-citanya yang segera menggunakan PAS.
“Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya
memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja.
“Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti
berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jamaah.
“Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui dia hanya
pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon
tambahannya.
“Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga,” tambahnya.
Hadi berkata, mereka yang memahami perjuangan Islam tidak akan kecewa
jika apa yang mereka perjuangkan itu tidak dicapai dalam masa hidup
mereka, asalkan mereka istiqamah dalam perjuangan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment