Friday, July 24, 2015
Pengguna Facebook Minta SKMM Block Page DR.MAZA.COM
PETALING JAYA : Seorang pengguna Facebook bertindak membuat aduan keatas
akaun Facebook DR.MAZA.COM kerana dikatakan memuatnaik status-status
tohmahan yang tidak disertakan bukti kukuh dan tidak masuk akal.
Aznil Hisham membuat aduan tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) supaya page Facebook itu disekat daripada
diakses oleh pengguna Internet lain.
Di dalam aduan yang bertarikh 21 Julai lalu, Aznil Hisham mendakwa
sebagai seorang Mufti, Mohd Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan
yang berbentuk hasutan dan menambah kebencian rakyat terhadap
pentadbiran kerajaan.
“Beliau adalah public figure yang memegang jawatan sebagai Mufti. Setiap
tutur kata beliau menjurus kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan.
Malah terdapat dakwaan-dakwaan beliau yang agak ‘kurang ajar’ dengan
menyamakan kerajaan kini umpama seekor khinzir,” tulisnya dalam aduan
itu memetik laporan FMT.
Selain dari memuji tindakan dari SKMM yang menyekat akses ke portal
Sarawak Report baru-baru ini, Aznil juga berharap tindakan yang sama
akan diambil kepada Facebook Dr Maza.com.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment