Wednesday, July 08, 2015

Ahli PAS Diminta Jangan Keluar Parti Demi Persahabatan.. - Naib Presiden PAS

Kumpulan progresif yang masih ahli Pas diminta supaya merenung kembali dasar perjuangan asal parti itu ketika mereka menandatangani borang keahlian sebelum memutuskan untuk menubuhkan parti baru.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad ketika ditemu bual Malaysiakini berkata, atas dasar persahabatan, kumpulan progresif itu yang juga dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru itu turut diingatkan agar tidak keluar dari parti Pas dan menubuhkan parti baharu.

"Macamana pun kita (perlu) berjuang (ber)sama PAS la, kita duduk dalam PAS ini untuk apa?"

"Apa tujuan masuk PAS? Yakin tujuan semua masuk PAS gitu, tak perlu tubuh parti baru (atas dasar) sebagai kawan dan sahabat," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menjelaskan, ketika menandatangani borang keahlian Pas sebelum ini, Ahmad sememangnya tidak pernah terlintas di fikirannya akan bertanding dalam pilihan raya apa tah lagi untuk menjadi seorang wakil rakyat.

Ditanya sekiranya penubuhan parti itu tetap diteruskan, Idris bagaimanapun engan mengulas lanjut sebaliknya hanya menjawab: "Saya tak nak komen, nanti terasa hati kawan-kawan".

Pada pemilihan Muktamar PAS ke-61 awal Jun lalu, semua tokoh golongan Anwarinas itu kecundang di tangan perwakilan namun difahamkan, hanya Mazlan Aliman sahaja dapat pertahankan jawatannya.

Susulan kekalahan itu, kumpulan progresif itu kemudiannya berganding bahu di bawah nama G-18, manakala Mazlan bertindak melepaskan jawatannya daripada Ahli Jawatankuasa Pusat Pas.

Pas menerusi muktamar itu turut menerima usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP sehingga menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Ditanya tentang perpecahan dalam PAS, jelas Idris, parti itu tidak bimbang sekiranya Umno dan DAP mendapat laluan lebih mudah masuk ke Kelantan bagi mendapatkan undi kerana penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mempunyai kekuatan keahlian dan keagamaan yang kuat.

"Kelantan ada satu kekuatan, (iaitu) kekuatan keahlian yang ramai. Kelantan (juga) ada sentimen agama, sebab itu Umno kena berlakon untuk sokong Enakmen Syariah," katanya.

Beliau menambah, biarpun ketika ini terdapat usaha dari Umno dan DAP untuk meraih undi menerusi program bantuan mangsa banjir di Kelantan, perkara tersebut tidak menjadi masalah sekiranya usaha itu dibuat untuk membantu.

Pada masa sama, beliau percaya bahawa PAS di Kelantan dapat mengekalkan undi mereka berdasarkan ‘semangat’ pengundi di negeri itu.

"Saya sebagai orang PAS saya kena yakin dan Umno tidak ada peluang (menakluki negeri Kelantan)," katanya.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment