Wednesday, July 08, 2015
Isu WSJ: Rafizi Tak Berani Komen Isu Perdana Menteri "Songlap" Duit 1MDB
Sebelum sidang media bermula semalam, Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan
memberi atau menjawab sebarang kenyataan berhubung isu laporan portal
antarabangsa, Wall Street Journal (WSJ) ke atas dana badan pelaburan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ini kerana terlalu banyak laporan berkaitan isu tersebut
dilaporkan ketika ini dan hanya menunggu laporan penuh disiapkan
sebelum memberi sebarang pandangan berhubung isu tersebut.
"Saya ingat buat masa ini saya tak mahu bercakap dulu mengenai isu Wall
Street Journal, terlalu banyak laporan yang diterima sekarang."
"Saya ingat kita tunggu dulu laporan penuh selesai, kemudian baru saya
akan bagi komen mengenai isu tersebut," katanya ketika ditemui pemberita
di Ibu Pejabat PKR.
The Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lalu menyiarkan laporan yang
mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke dalam akaun peribadi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
WSJ mendakwa, segala sumber dokumen tersebut diperoleh daripada hasil siasatan kerajaan Malaysia sendiri.
Bagaimanapun, susulan laporan tersebut dikeluarkan, Pejabat Perdana
Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkannya sebagai sabotaj
politik untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara
demokratik.
Malah, bagi 1MDB pula, syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada Perdana Menteri seperti yang didakwa .
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment