Friday, July 10, 2015
Akhir Tertunai Jua.....Hasrat Penduduk Disuarakan Shafei Abdullah Ditunaikan PM
9 Julai 2015, Wangsa Maju : Hasrat kira-kira 420 keluarga perumahan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sri Tioman yang telah sekian lama
mengimpikan untuk memiliki sendiri rumah yang didiami kini akhirnya
ditunaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hasrat mereka terdahulu disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju,
Dato Dr Mohd Shafei Abdullah dalam ucapannya ketika Program Nur
Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur peringkat Parlimen Wangsa Maju
yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri.
"Yang saya ingin perjuangkan, ada sebuah perumahan di sini di mana mereka tetap hanya dibenarkan menyewa sehingga ke hari ini.
"Jadi saya harap, pada hari ini mungkin Perdana Menteri akan tergerak
hati untuk meluluskan agar rumah pangsapuri ini dapat dijual kepada
penduduk," katanya.
Najib yang seterusnya memberikan ucapan pada majlis tersebut kemudian
mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menjual unit-unit pangsapuri
terbabit dengan harga yang munasabah.
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu disambut dengan sorakan gembira oleh para penduduk perumahan tersebut.
Sementara itu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan bakal melaksanakan
sebanyak 11 tempat letak kereta bertingkat bernilai RM290 juta di
kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Wilayah Persekutuan.
Pada program Iftar tersebut, kira-kira 5000 penduduk Parlimen Wangsa Maju hadir untuk berbuka bersama Perdana Menteri itu.
Seramai 2000 golongan asnaf di Wangsa Maju juga menerima Sumbangan Ramadhan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment