Tuesday, July 07, 2015
Ambiga Lebih Bahaya, Bukan Saya: Ridhuan Tee
7 Julai 2015, Bangi : Pendakwah dan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee
Abdullah mendakwa Datuk Ambiga Sreenevasan lebih berbahaya kepada negara
ekoran perjuangan hak asasinya yang bercanggah dengan Perlembagaan dan
Islam sebagai agama Persekutuan.
Membidas bekas Pengerusi Majlis Peguam itu, Ridhuan berkata, adalah
tidak adil jika pandangan dan pendapatnya mahu disekat sedangkan
kumpulan hak asasi dibiarkan bercakap dengan bebas.
“Pejuang hak asasi manusia yang bercanggah dengan Perlembagaan dan agama
seperti dia sendiri (Ambiga) boleh pula bercakap. Bukankah dia lebih
bahaya daripada orang yang dituduh perkauman.
“Kenapa mereka dibiarkannya bebas bercakap. Saya pula tak boleh membalas
apa yang mereka cakap. Jika apa yang saya cakap itu salah, buktikan,
mari kita berdebat,” katanya kepada Ismaweb.
Ridhuan berkata, selama ini beliau hanya mengeluarkan pendapat bagi
mempertahankan hak orang Islam di tanah air mereka sendiri daripada
pihak yang cuba mengganggu mereka.
“Saya tak akan ganggu orang lain selagi mana mereka tak ganggu hak Islam di bumi Islam sendiri.
“Saya tak kisah dituduh perkauman selagi yang saya pertahankan itu
menjadi hak orang Islam. Apakah ultra kiasu tidak perkauman?,” soalnya.
Ambiga, ketika berucap dalam forum “We are convinced – Time for a new
Malaysia away from racism”, di Petaling Jaya hari ini menyifatkan
Ridhuan sebagai “ekstrem perkauman”.
Ekoran itu beliau menggesa akhbar tidak memberi lebih ruang kepada Ridhuan menyampaikan pandangannya, termasuk sebagai kolumnis.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment