Tuesday, July 07, 2015
Rafizi Jangan Buat Kerja Bodoh.. - Khairy Jamaluddin
Tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
berhubung urusan pembelian hartanah Mara Incorporated Sdn. Bhd. (Mara
Inc.) yang dikaitkan dengan ahli Pergerakan Pemuda UMNO itu disifatkan
sebagai suatu kerja ‘bodoh’.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan tegasnya berkata,
dalam hal tersebut, Exco Pemuda UMNO tiada kaitan langsung dengan
urusan pembelian hartanah yang melibatkan Mara di Australia.
"Logik Rafizi memang tak boleh pakai langsung kerana dia hanya tunjuk
kaitan individu itu ada urusan perniagaan dengan seorang Exco Pemuda
yang sebenarnya tiada kaitan dalam kes Australia. Jika Rafizi nak
kaitkan sebab Exco Pemuda kenal dengan seseorang, itu tidak boleh
diterima, itu kerja bodoh."
"Sebagai contoh apabila pihak A kenal B, dan B buat satu kesalahan yang
tiada kaitan dengan A tetapi disebabkan A mengenali B, maka dia dikira
salah. Mana boleh macam itu dan jika ada yang terlibat dan itu pun masih
tidak terbukti lagi, mereka mungkin ada urusan berbeza dan apa kaitan
Exco Pemuda dengan kes Mara," katanya.
Demikian kenyataan Khairy ketika ditemui pemberita dalam Majlis Buka
Puasa Pemuda Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul
Azwan Harun dan Ketua Pergerakan Pemuda daripada parti komponen BN
antaranya Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon; Ketua Pemuda MIC, C.
Sivarraajh dan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.
Ketegasan beliau itu sebagai mengulas dakwaan Rafizi menerusi sebuah
portal baru-baru ini kononnya terdapat lima ahli Pemuda UMNO terlibat
dengan skandal hartanah Mara sebanyak RM63 juta.
Ditanya pemberita mengenai saranan agar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak berehat, Khairy berkata, perkara tersebut tidak timbul
kerana Perdana Menteri tidak terbukti bersalah.
"Terdapat pemimpin politik termasuk Menteri Besar yang dituduh di
mahkamah kita telah minta mereka berehat. Namun, Perdana Menteri masih
tidak bersalah dan perkara itu tidak timbul sama ada beliau perlu
berehat atau tidak."
"Dalam kes ini masih tak ada tuduhan (mahkamah) dan masih dalam siasatan. Jadi, perkara tersebut tidak berbangkit," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment