Sunday, July 26, 2015
Anwar Masih Gila Isim Dengan Politik Negara
Meskipun baharu sahaja menghabiskan 165 hari daripada hukuman lima tahun
penjara di Sungai Buloh, namun Anwar Ibrahim kini dilihat masih gila
isim dengan politik negara.
“Mungkin kesepian di dalam penjara membuatkan beliau isim dengan suasana politik,” ulas blog Penyokong PAS.
Blog Penyokong PAS membuat ulasan sedemikian berdasarkan usaha Anwar
untuk campur tangan dalam urusan politik negara meskipun masih meringkuk
di penjara.
Ia merujuk kepada perutusan Anwar melalui peguamnya pada 21 Julai yang antara lainnya menyebut;
“Kita sedang berusaha mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, dan
akan bekerjasama dengan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti
BERSIH, ABIM, IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja
diwujudkan.
“Permuafakatan ini merupakan kesepakatan kumpulan-kumpulan yang komited
kepada reformasi dan perubahan, yang akan memberikan pilihan yang
benar-benar demokratik dan adil kepada Rakyat.
“Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan
berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.”
Menurut blog Penyokong PAS kenyataan Anwar seperti di atas adalah
kenyataan dari seorang yang angkuh yang tidak bermuhasabah kesilapan
dirinya sendiri.
“Pada ana, ini semua kenyataan orang yang tidak sedar diri. Waima diri
dipenjara kerana kes liwat, masih lagi ada kesombongan nak menentukan
nasib bangsa dan negara.
“Ini satu contoh manusia yang tidak tahu malu. Diri yang bergelumang dengan noda pun mahu ditampikan suci dan bersih.
“Kononnya PAS tidak ada nama di dalam Pakatan 2.0. Gerakan Harapan Baru lebih dipercayai. ABIM dan IKRAM lebih suci.
“Tidak ada apa yang PAS perlu takut dengan kenyataan seperti ini. Rakyat
sedang menilai sejauh mana perlu kita mendengar ayat manusia yang
songsang segalanya.
“Kita biarkanlah sahaja,” ulasnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment