Sunday, July 26, 2015
WSJ Pun Tak Berani Sahkan, Balaci Pulak Yang Terlebih
Balasan surat dari Wall Street Journal (WSJ) kepada peguam Datuk Seri
Najib kelmarin berhubung penyiaran artikel yang mendakwa sejumlah besar
wang dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau awal bulan
lepas, membuktikan mereka (WSJ) pun tak berani mengesahkan betul atau
tidak wang sebanyak USD 700 itu dari 1MDB dan dimasukkan dalam akaun
Najib seperti yang diminta pasukan peguam Najib dalam ‘letter of
clarification” sebelumnya.
Cuma kata WSJ dalam surat tersebut, setakat apa dokumen, apa ‘bukti’
yang mereka ada sudah memadai untuk menyokong maksud penulisan tersebut
bahawa kebarangkalian transaksi itu wujud memang ada. Kalau dokumen itu
palsu, salah dokumenlah bukan WSJ. Begitu juga kalau bukti dah
diubahsuai, itupun salah buktilah, bukan salah WSJ.
Malah, kalau orang anggap dari penerbitan artikel tersebut memang sah
Najib masuk duit songlap itu dalam akaun peribadinya pun bukan salah WSJ
juga kerana mereka sendiri tidak sahkan di dalam artikel berkenaan,
orang yang anggap itulah salah.
Begitulah maksud mudah dari balasan surat WSJ kepada peguam Perdana Menteri semalam.
Nampak tak dia berbelit macam mana? Semua nak lepaskan diri mereka saja.
Tapi diperingkat ini, itu semua sudah tidak penting lagi, yang penting
sekarang, jawapan WSJ itu sendiri menunjukkan Najib tidak bersalah dan
tuduhan itu hanya bersifat spekulasi.
Boleh bubar pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri
itu sendiri pun kalau mahu sebab nampak sangat sudah tidak ada kes.
Penulis bagaimanapun percaya tugas pasukan penyiasat khas akan
berterusan sampai ke sudah sebab banyak perkembangan dalam siasatan
tersebut menjurus kepada siapa yang terlibat memalsukan dokumen yang
diserah kepada WSJ.
Tindakan WSJ membalas letter of clarification yang dihantar peguam Najib
juga membuktikan bahawa proses untuk mengambil tindakan undang-undang
ke atas WSJ adalah berada di laluan yang betul – tak seperti yang
dipromosikan balaci pembangkang dan Tun Mahathir sebelum ini bahawa
proses itu adalah ‘luar biasa’.
Kalau letter of clarification itu tidak mengikut prosedur, penulis yakin WSJ tidak akan membuang masa membalasnya.
Disediakan oleh : PeneranganpemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment