Sunday, July 26, 2015
Leman Raja Lawak Terajui Harapan Baru Sik
ALOR SETAR : Bekas ahli jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat,
Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak
dilantik sebagai peneraju Harapan Baru di Sik.
Menurut beliau, Harapan Baru Sik antara kawasan paling aktif di Kedah
akan mengorak langkah lebih fleksibel dan berhemah dalam mendekati
rakyat marhaen di setiap perkampungan dengan membawa semangat perjuangan
baharu.
“Kita memahami masalah dihadapi rakyat yang merasai tekanan ekonomi dan
isu lain yang masih belum diselesaikan oleh mana-mana pihak.
“Kelompok rakyat yang masih tertanya-tanya untuk mendekati Harapan Baru
dipelawa berjumpa sendiri dengan kami bagi mengetahui keadaan dan haluan
kami yang sebenar,” katanya, semalam.
Beliau yakin sokongan daripada pelbagai latar belakang akan bertambah terutama masyarakat yang mahu isu setempat diambil peduli.
“Sehingga kini terdapat kira-kira 100 orang memberi sokongan kepada Harapan Baru Sik walaupun masih baru," katanya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah penggal lalu
(2013-2015), Datuk Dr Ismail Salleh menerajui Harapan Baru di Kedah
walaupun masih di peringkat penaja.
“Jika diikutkan ramai mahu sertai Harapan Baru tapi belum sampai masa
untuk tonjolkan diri kerana terikat dengan Pas. Buat masa ini mereka
hanya sokong dari belakang dan bila sudah wujud parti September ini baru
mereka tonjol diri.
“Kebanyakan individu itu kecewa dengan sistem pemilihan Pas sebelum ini
termasuk beberapa orang tidak dapat bertanding kerana dicantas,”
katanya.
Sulaiman yang juga Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
(Panglima) berkata, NGO itu masih wujud dan akan membantu Harapan Baru
untuk bergerak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment