Sunday, July 26, 2015
Jangan Sebut Gaji Haram, Anda Yang Kecewakan Rakyat, Kata Mujahid Kepada PAS
Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau
Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan
gabungan pembangkang.
Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana
turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.
Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu
kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan
Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.
"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.
"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang
menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas
tiket PAS.
"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?
"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau
hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau
Pinang malam tadi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment