Sunday, July 26, 2015
Kesal Kebebasan Media Terus 'Diserang'...LihatLah Akbar Keadilan Daily..Penuh Penipu
Cakap banyak pandai pulak Presiden PKR ni...Habis nak biarkan Fitnah
dan laporan penipuan berluasa ker?Lihatlah saja Laki kau asyik saman dan
hina AKBAR apa ceritanya....sehingga akbar Utusan dan Berita Harian
dipulau oleh DAP...tak nak cerita?
PETALING JAYA : Perintah penggantungan permit penerbitan akhbar The Edge
merupakan 'serangan' terbaharu kepada kebebasan media di negara ini,
kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau kecewa apabila penggantungan itu
dibuat ketika rakyat menantikan jawapan berhubung pelbagai isu yang
berlaku.
"Tatkala Rakyat mendambakan jawapan, nampaknya hak kebebasan rakyat
untuk bersuara diinjak-injak. Tidak syak lagi serangan terkini ke atas
kebebasan bersuara dan kebebasan media akan merosakkan lagi imej
Malaysia di mata dunia.
"Saya amat kecewa dan sedih dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The
Edge Financial Daily hanya kerana kedua-dua akhbar tersebut menjalankan
tugas dan tanggungjawab sebagai media," katanya menerusi kenyataan pada
Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Kementerian
Dalam Negeri menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial
Daily selama tiga bulan berkuatkuasa Isnin ini.
Tindakan itu diambil berikutan dua laporan yang dikeluarkan oleh akhbar
berkenaan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan
memudaratkan kepentingan awam dan negara.
Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, penggantungan dua
penerbitan The Edge merupakan rentetan daripada pelbagai serangan lain
sebelum ini terhadap media.
"Stesen radio dan laman berita online telah diberi amaran, dan wartawan juga telah ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan.
"Jangan kita lupa betapa ramai lagi ahli-ahli politik, aktivis, malah
juga kartunis yang sedang dihadap ke mahkamah dibawah Akta Hasutan hanya
kerana mereka berani bersuara," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment