Sunday, July 26, 2015
Semua Wakil Rakyat PAS Kelantan Sumpah Bai'ah Cerai Talak Tiga...
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah
bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat PAS Kelantan
sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.
Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada
mana-mana wakil rakyat PAS Kelantan yang mahu meninggalkan parti
tersebut.
“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan
main-main,” katanya.
Timbalan Mursyidul Am PAS itu diminta mengulas isu sumpah bai’ah yang
didakwa dilafazkan wakil rakyat PAS Kelantan yang kini tersebar di
aplikasi WhatsApp.
Menurut Daud, mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar
sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di
Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.
Ketika ditanya adakah perkara tersebut berkaitan dengan talak kepada
isteri, Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia seperti yang
terkandung dalam akuan sumpah berkenaan.
Ahmad turut ditanya mengenai laporan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan mengumumkan pakatan baru pembangkang, tetapi tidak
melibatkan PAS.
Ahmad berkata, PAS tetap tidak akan berganjak (daripada pendiriannya)
kerana parti Islam itu adalah parti yang diterima rakyat dan
(programnya) telah terlaksana dengan jayanya.
“Saya tidak dapat lagi maklumat itu. Tetapi itu terpulanglah. Dalam
sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini (mereka boleh
lakukannya), dan jika ia diterima oleh pihak pendaftar,” katanya.
Ahmad hadir pada Majlis Ramah Mesra Mahasiswa yang turut dihadiri Exco
Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Che Abdullah Che Mat
Nawi dan Ketua Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment