Sunday, July 26, 2015
Mat Sabu Enggan Jawab Isu Sumpah Bai'ah
GEORGE TOWN : Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu cuba mengelak
daripada menjawab persoalan bahawa beliau boleh dirujuk di bawah sumpah
baiah talak tiga sekiranya keluar PAS.
Sebaliknya, pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata beliau
hanya berpegang kepada kenyataan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Wan
Salim Wan Mohd Noor bahawa sumpah bai'ah tidak boleh dikaitkan dalam
politik.
"Saya bukan ahli agama jadi saya berpandu kepada pandangan mufti
negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah
Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan GHB peringkat negeri di sini,
Jumaat.
Terdahulu Mufti negeri, Wan Salim menegaskan sumpah baiah talak tiga
oleh semua wakil rakyat PAS sama sekali tidak sah dan tidak seharus
dikaitkan dengan politik.
Isu sumpah baiah berbangkit ekoran tindakan wakil rakyat PAS menubuhkan
parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) selePAS kalah dalam pemilihan pada
Muktamar PAS ke-61.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar negeri
itu, Datuk Ahmad Yakob telah menegaskan, perkara itu terkandung dalam
lafaz baiah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat PAS
di negeri tersebut sejak 2004.
Mat Sabu yang masih mengaku dirinya masih sebagai ahli PAS, berkata isu
keahliannya akan dipecat secara automatik selepas GHB berdaftar dengan
Jabatan Pendaftaran Penubuhan (RoS) kelak.
"Keahlian PAS saya akan dengan sendiri terkeluar apabila saya menyertai parti lain," katanya.
Menurutnya, parti yang berdaftar itu akan menggugurkan perkataan 'Gerakan' dan ada cadangan untuk guna Parti Progresif Islam.
"Kami masih belum menetapkan nama parti dan kami sedang berurusan dengan
Jabatan Pendaftaran (RoS) bagi menetapkan satu nama parti yang sesuai.
Hanya RoS mempunyai kuasa untuk menilai dan meluluskan sesuatu nama
parti," katanya.
Sementara itu, ditanya siapa yang akan mengetuai parti politik baharu
tersebut kelak sebagai presiden, Mat Sabu berkata perkara berkenaan
hanya akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara
rasmi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment