Sunday, July 26, 2015
Ahmad Said Nafi Akan Tinggalkan BN
KEMAMAN : Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Anggota Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menafikan beliau
akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat
diperkatakan di media sosial.
Ahmad ketika ditemui di majlis rumah sambutan hari raya di rumahnya di
Telok Kalong di sini berkata kalau beliau mahu meninggalkan BN ia
pastinya telah dibuat setahun yang lalu.
"Saya masih bersama BN dan masih lagi Adun Kijal, siapa yang sebarkan
berita saya keluar BN... apapun keputusan tunggu pada Perhimpunan Agung
Umno nanti," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Ahmad Said diganti oleh Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang
mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Terengganu pada 12 Mei
2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment