Sunday, July 26, 2015
Masa Depan GHB, PKR Terumbang-Ambing
SHAH ALAM : Masa depan politik Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PKR akan
terumbang-ambing, demikian pengamatan penganalisis politik, Prof Datuk
Dr Ramlah Adam.
Ujarnya, DAP adalah sebuah parti yang dominan sejak dari dulu dan akan terus bersikap demikian terutama ke atas GHB.
GHB diketahui umum amat memerlukan sokongan DAP buat masa ini agar
kewujudan parti politik baru yang diasaskan mereka akan terus boleh
diterima rakyat, sebaik sahaja diumumkan kelak.
Begitu juga PKR, yang sering akur pada pegangan dan keputusan DAP bersbit sesuatu isu dalam Pakatan Rakyat, ujar Ramlah.
"DAP pandai main batu sembunyi tangan, dia tukang cucuk dan tindakan dia
tegas, nasib PKR dan GHB yang diwujudkan akan terumbang ambing.
"Sebab mereka ini harapan kan, bukan benda yang betul? diharapkan
sahaja. Namanya harapan sahaja, diharapkan, jadi GHB ini diharapkan
sahaja, sedangkan DAP ini memang solid," katanya kepada Antarapos ketika
dihubungi.
Ramlah berkata dikala parti komponen dalam Pakatan Rakyat diuji krisis
dalaman, DAP terus kukuh walaupun banyak serangan dilancarkan terhadap
mereka.
"Sedangkan DAP memang solid dan mereka walaupun ada kemelut dalam itu cuba kamu tengok, berapa banyak orang cuba jatuhkan DAP?
"Walaupun orang Cina Kedah ada bagi kenyataan yang kuat berada di pihak
Lim Guan Eng. Begitu juga dengan Kuala Lumpur, begitu juga dengan
beberapa negeri lain, tetapi mereka itu cakap dua tiga kali sudah
habis," katanya lagi.
Ramlah dalam pada itu mengulas sokongan PKR yang dinyatakan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada GHB.
Ujarnya, perkara itu sudapun dijangka sejak dari awal.
"Saya tidak hairan dengan kenyataan dia (Anwar Ibrahim). Dia (perlu) melupakan PAS.
"Sebab dia sudah malu kata orang kan, sebab tembelang sudah pecah. Dulu
mereka dakwa golongan Anwarinas wujud dalam PAS...mereka nafi tetapi
sekarang lagi ternyata kan?
"Bahawa orang PAS sedar yang PAS ini dikuasai oleh Anwarisnas punya kumpulan kan?," soalnya.
Anwar baru-baru ini melalui kenyataan medianya memberikan bayangan
bahawa PKR akan menjalinkan kerjasama dengan GHB atas alasan mahu
membentuk permuafakatan politik yang lebih kukuh.
Ramlah kemudiannya berkata PAS perlu menerima kemungkinan bahawa PKR
akan menyisihkan mereka walaupun banyak jasa parti Islam itu terhadap
mereka.
PAS adalah penyokong PKR sejak parti itu ditubuhkan dan terbukti apabila
PAS berterusan menyatakan sokongan kepada Anwar yang dihambat isu moral
dan menganggap bekas Ketua Pembangkang itu sebagai mangsa politik
kerajaan pemerintah.
Hubungan PAS dan PKR sedikit goyah apabila PKR membelakangkan PAS dan
memperkenalkan misi 'Langkah Kajang' bagi menggulingkan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Anwar.
PAS berkecil hati dan tetap mempertahankan Khalid sebagai individu yang tiada cacat celanya untuk terus menerajui Selangor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment