Wednesday, July 08, 2015
Apa Sebenarnya PAS Selangor Bidas Khalid Samad
9 Julai 2015, Damansara : Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad
memberi kata dua kepada kepimpinan tertinggi Pas disifatkan sebagai
agenda tersendiri dan tidak ada kena mengena dengan kepimpinan Pas
Selangor.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan
yang dibuat beliau kelmarin adalah kenyataan peribadi pemimpin itu.
“Kita tak mahu fikirkan tentang itu, fokus kita sekarang turun ke setiap
negeri menyampaikan agenda yang kita perjuangkan selama ini dan kita
juga nak tengok maklum balas dari akar umbi.
“Kita dah turun ke Pulau Pinang, minggu lepas ke Selangor, Kelantan dan
Johor. Fokus ini lebih penting daripada kita membuat sebarang
spekulasi,” katanya ketika ditemui pada majlis agihan zakat bersama
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB), di Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Kota Damansara, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Khalid yang memberi kata dua kepada kepimpinan
tertinggi Pas supaya mengembalikan suasana serta hubungan dengan PKR
dan DAP seperti sebelum ini atau berdepan risiko perpecahan dalaman
dalam parti itu.
Iskandar turut mengkritik tindakan Khalid dan pihak-pihak terlibat mendedahkan agenda mereka.
“Kalau nak bagi kata dua macam polis bolehlah...kalau tak serah diri
mereka akan tangkap. Dalam politik, saya rasa tak payahlah, tidak ada
apa yang penting pun,” katanya.
Mengulas mengenai hubungan PR di negeri ini, katanya di Selangor hubungan mereka tiada masalah.
“Saya harap hubungan PR di Selangor dapat jadi contoh kepada
negeri-negeri lain supaya dapat diteruskan seperti sebelum ini,”
katanya.
Terdahulu, PHSSB yang bertanggungjawab menguruskan PPR Kota Damansara
dan PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam mengagihkan zakat berupa barang
keperluan harian kepada 150 penghuni masing-masing 60 di PPR Kota
Damansara dan 90 lagi di PPR Kampung Baru Hicom.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment