Wednesday, July 08, 2015
Lim Kit Siang Berbohong....Kematian Pengasas AmBank Tiada Kaitan Dengan 1MDB – KPN
8 Julai 2015, Kuala Lumpur : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak dakwaan berhubung
laporan mengenai pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi yang didakwa
telah membuat laporan polis pada Mac 2013 sebelum meninggal dunia pada
Julai tahun yang sama.
Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan polis akan
menyiasat bagi mencari dalang yang menyebarkan dakwaan tersebut.
“Kematian pengasas AmBank tiada kaitan dengan isu kontroversi 1MDB dan ini adalah dakwaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Ketua Polis Negara Tan
Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan Hussein Ahmad Najadi
yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.
“Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada
Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah
besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya
mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut;
dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28
Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara,” dakwa
Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian
sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka
ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong
Ceylon dekat sini.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment