Wednesday, July 08, 2015
Saham AirAsia Cecah Paras Terendah dalam Tempoh 5 tahun
9 Julai 2015, Kuala Lumpur : Saham AirAsia Bhd hari ini mencecah paras
terendah dalam tempoh lima selepas kerajaan Indonesia merancang
menggantung lesen operasi unit berkenaan melainkan syarikat menambah
ekuiti baharu menjelang akhir bulan.
Pada 10.52 pagi, AirAsia jatuh lebih 10 peratus atau 15 sen kepada RM1.34 dengan 53.41 juta saham bertukar tangan.
AirAsia dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam mengesahkan
bahawa unit milik 49 peratusnya, PT Indonesia AirAsia, menerima surat
daripada Kementerian Pengangkutan Indonesia yang menggesa syarikat
penerbangan itu memastikan kedudukan ekuiti yang positif menjelang 31
Julai.
AirAsia menyatakan syarikat itu dan Indonesia AirAsia, kini mengkaji
surat berkenaan serta berusaha mengadakan pertemuan dengan Kementerian
Pengangkutan.
Menurut laporan antarabangsa, Indonesia AirAsia adalah antara 13
syarikat penerbangan yang didapati dalam kedudukan ekuiti negatif oleh
Kementerian Pengangkutan Indonesia.
Laporan itu menyebut unit penerbangan tambah rendah terbesar Asia itu
mempunyai masa hingga akhir bulan ini untuk mengumpul sekurang-kurangnya
AS$230 juta bagi mengubah dana pemegang sahamnya yang berkedudukan
defisit.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment