Secara tiba-tiba, Pascal Najadi, anak bekas
pengasas Arab-Malaysian Development Bank Berhad, seorang warganegara
Switzerland, dibawa masuk dalam agenda memburuk dan menjatuhkan Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Berikutan pendedahan beberapa akaun Ambank yang didakwa milik Mohd
Najib Razak dan digunakan untuk melesapkan wang 1 Malaysia Development
Berhad (1MDB), Sarawak Report, tajaan warganegara British, membawa
Pascal Najadi sebagai bintang baru mereka untuk menjatuhkan Mohd Najib
Razak.
Pascal tiba-tiba muncul menuduh pembunuhan bapanya dilakukan kerana ia membabitkan Najib Razak dan akaun Ambank terbabit.
Menurut Pascal kepada Sarawak Report, beliau ada dimaklumkan oleh bapanya bahawa ada mega korupsi sedang berlaku di negara ini.
“I left for Moscow, around the 25th of July 2013 to
attend to my business. The day before we had a family lunch at the
Restaurant Ciao, at the Selangor Golf Club, right in the middle of KL.
My Dad then spoke about massive corruption.
He also said that they [people in power] had lost the plot in the
sense that they recklessly and behind their own population’s backs raked
in billions of ringgit from construction, oil & gas to defence
& transportation. He made a point that its insane that they do not
for one second think about the future generations, simply not.
Jika benar dakwaan ini, mengapa selepas 2 tahun pembunuh upahan
bapanya dihukum baru beliau muncul menyatakan tuduhan ini? Mustahil
seorang warganegara negara asing dan percaya bapanya dibunuh oleh
pemimpin tertinggi Malaysia akan mendiamkan diri selama dua tahun tanpa
memaklumkan perkara ini kepada umum.
Mengapa sekarang, ketika Najib Razak sedang berhadapan “grand design”
menjatuhkannya oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?
Tuduhan Pascal ini sangat tidak masuk akal. Jika beliau begitu bebal
elok baca semula sejarah Ambank. Bapanya hanya menubuhkan Ambank dan
mengendalikan selama 7 tahun sahaja.
Ahmad Hussain Najadi bukan pemilik Ambank mahu pun Pengarah bank terbabit semasa segala tuduhan ke atas Najib Razak dibuat.
Najadi hanyalah pengasas Ambank pada 1975 dan meninggalkan syarikat
terbabit 7 tahun kemudian. Pada 1982 Beliau menjual kesemua sahamnya
kepada Tan Sri Azman Hashim.
Jadi bagaimana seseorang yang telah meninggalkan bank terbabit selama
lebih 30 tahun mempunyai akses terhadap akaun dalam Ambank dan
membabitkan Najib Razak seperti yang cuba dikaitkan oleh Pascal?
Bukankah ini merupakan tuduhan dan dakwaan yang bertujuan menguatkan agenda menjatuhkan Mohd Najib Razak?
Bagi mengukuhkan dakwaan bahawa bapanya dibunuh kerana menentang
korupsi dalam pentadbiran negara, beliau mendakwa bapanya seorang
penegak kebenaran, tidak pernah korup dan akan segera melaporkan
sebarang aktiviti jenayah jika ada.
“My dad was an upright man, never corrupt. He, my Mum and
I are the same. If we spot criminal activity we likely will report this
immediately to the right and appropriate top down channels.”
Oleh kerana Pascal tahu bapanya tidak pernah bercakap sedemikian
mahupun membuat laporan maka beliau mendakwa bapanya tidak membuat
laporan Polis tetapi akan mengadu kepada pegawai tertinggi negara.
However, Pascal Najadi says that he was never notified if his father
made a police report. He believes that it would have been more likely
that he would have reported his concerns to top officials:
” That was not his style, because he knew it is a shot in the dark in
Malaysia to log a Police report… I believe that he would have gone to
senior regulators direct to report findings that he found out involving
massive amounts being looted”.
Pascal bukan sahaja membuat cerita rekaan memburukkan Perdana Menteri tetapi juga polis Malaysia.
Namun apakah cerita rekaan Pascal ini boleh dipercayai? Pascal bukan
sahaja membuat cerita mengenai pembabitan Najib Razak, malah beliau
menipu mengenai kehidupan Ahmad Hussain sendiri seolah-olah seorang yang
begitu bersih dan anti-korupsi.
Laporan Bloomberg, 31 Julai 2013 jelas menunjukkan Ahmad Hussain Najadi pernah dipenjara di Bahrain pada
1985 selama lebih tujuh tahun kerana jenayah kewangan (Financial
Crime).
Soalnya lebih besar ialah siapa di belakang kemunculan Pascal bagi membuat tuduhan ke atas Mohd Najib.
Jika dilihat hubungan baik Mahathir dengan Ahmad Hussain semasa
beliau menjadi Perdana Menteri dan selepasnya tidak mustahil bekas
Perdana Menteri tersebut berada di belakang kemunculan ini.
Apatah lagi, artikel Sarawak Report yang pertama menjadikan Pascal sebagai isu dalam menjatuhkan Najib
Razak turut memaparkan gambar Ahmad Hussain dengan Tun Mahathir pada
2011. Dari mana mereka mendapat gambar ini?
Justeru, ketika kami mendedahkan bahawa Pascal seorang pembohong,
tidak boleh tidak kita akan tertanya-tanya apakah Mahathir
dibelakangnya?
Ini kerana Mahathir sahaja yang begitu beria-ria menjatuhkan Mohd Najib dengan segera.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment