Sunday, July 12, 2015
1MDB : WSJ Dan Fitnah Pembohongan Yang Tersusun
EDITOR MENULIS...
12 JULAI 2015
Penipuan yang
tersusun dengan mudah dapat mengalahkan kebenaran. Walaubagaimanapun
sekiranya fitnah tersebut terbongkar maka dengan sendirinya kredibiliti
mereka akan dipertikaikan.
Namun berlainan pula dengan kes Wall
Street Journal yang telah beberapa kali telah dibuktikan sebagai
penyebar fitnah yang mengakibatkan banyak kerosakan dalam dunia.
Ini
berikutan dengan tindakan Mahathir dan pembangkang yang masih berterusan
menggunakan sumber-sumber yang dikeluarkan oleh WSJ sebagai asas untuk
menuduh bahawa kononnya wujud salahlaku dalam 1MDB.
Ironinya pula, sebahagian penyokong
Mahathir yang taksub membabi buta terhadap beliau membuat keputusan
‘bodoh’ untuk menelan bulat-bulat segala dakwaan fitnah Mahathir
tersebut.
Saya ingin mengulas satu isu fitnah
yang dikeluarkan oleh WSJ dan cara mereka beroperasi dengan cukup
tersusun demi memastikan penipuan dan rekaan cerita mereka diterima
bulat-bulat oleh mereka yang berkepentingan.
Penipuan tersebut dilakukan melalui
perancangan yang rapi. Saya ingin mengimbas kisah Johnson Cullen.
Pihak FBI telah membawa beliau dari Caribbean untuk diserah kepada
Kanada. Cullen bersama isterinya telah melarikan diri dari polis Amerika
Syarikat dan Kanada. Beliau mendakwa boleh ‘hack’ akaun bank sedangkan
hakikat sebenarnya Cullen telah memalsukan akaun tersebut dan
menjualnya.
Setelah pihak berkuasa AS menangkap dan
merampas komputer beliau, segala Surat-Menyurat antara beliau dan Clare
Rewcastle-Brown telah dibocorkan di laman web. Namun begitu Clare cuba
menafikan dengan menyalahkan “tangan ghaib” di Malaysia pula. Secara
tidak langsung, beliau seolah-olah mengambarkan bahawa dokumen tersebut
adalah asli.
Surat-menyurat antara Cullen Johnson dan
Rewcastle Brown menunjukkan bahawa mereka cuba untuk mendapatkan beliau
Shahnaz Abdul Majid untuk mengupah mereka.
Shahnaz Abdul Majid telah berbohong
kepada Mahkamah Syariah dalam kes perceraian dengan mendakwa bahawa
beliau tahu dokumen-dokumen tersebut adalah benar sedangkan beliau telah
berpisah dengan suami lebih daripada sepuluh tahun.
Peguam beliau telah memujuk beliau untuk
menggunakan khidmat Johnson Cullen. Sebaik sahaja bahan palsu Johnson
Cullen disebutkan di Mahkamah, maka Clare Rewcastle pun muncul dan
menyokong bukti palsu tersebut. Setelah itu, Clare Rewcastle dan Bruno
Manser Fund menyebarkannya ke seluruh dunia.
Hebat sungguh penipuan tiga serangkai
ini. Dengan membuat bukti palsu untuk satu kes mahkamah dan
menyebarkannya di laman web membuatkan kita mempersoalkan integriti,
niat dan kekangan kepada fakta-fakta yang ditunjukkan oleh orang-orang
yang yang cuba menganiaya keluarga Taib Mahmud sebagai berniat jahat.
Ia merupakan satu penipuan yang hebat
dari Sarawak Report. Dalam keadaan mereka tidak mempunyai sebarang
bukti-bukti kekayaan luar pesisir, mereka dengan beraninya mengambil
alih mahkamah di Malaysia, dengan mengesahkan bukti palsu tersebut.
Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk
meragui segala maklumat yang disiarkan oleh Wall Street Journal ini
memandangkan sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang telah
dicipta oleh mereka.
Dan untuk makluman, menurut sumber
dalaman kami pihak Polis Thailand telah mendapat pengesahan dari
‘Director of International Cooperation’ Polis Singapura bahawa wujud
pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat
dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura.
Menurut sumber kami lagi, Polis Thailand
mengakui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan
mengubah suaikan dokumen PetroSaudi. Kami menunggu pihak berkuasa polis
Thailand membuat kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Pembohong dan penipu sememangnya sering
ketagih dalam perbuatan mereka sendiri sehinggakan mereka percaya pada
pembohongan tersebut juga. Dengan kata lain, memang cukup tidak berbaloi
Mahathir menggunakan WSJ sebagai sumber.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment