Sunday, July 12, 2015

Si Kitul kembali ? Siapa ?

Beberapa hari sebelum pendakwaan atas tuduhan ra­suah sekitar Februari 2004, Menteri Tanah dan Pem­ba­ngunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam sedang me­nikmati makan tengahari bersama Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dengan panggilan Pak Lah) serta anggota Kabinet di atas bot berkanopi yang berlayar di perairan yang tenang di sekitar tasik Putrajaya.

Pak Lah; Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Datuk Se­­ri Najib Tun Razak; Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Putrajaya Holdings, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin yang menjadi tuan rumah majlis makan tengah hari itu dan menteri-men­teri Kabinet termasuk Kasitah, masing-masing tampak gem­bira di sepanjang pelayaran itu.

Sambil menjamah ikan salmon salai dan menikmati hi­dangan daging lembu dan kambing yang dimasak enak, penjawat-penjawat tertinggi kerajaan kelihatan begitu ce­ria. Itu merupakan kali terakhir Kasitah menikmati saat-sa­at ceria bersama rakan-rakan Kabinet. 

Detik-detik ini dicoretkan oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam bukunya ber­ta­juk Kabinet 1Malaysia: Mengimbas Kembali Tadbir Urus Kabinet.

Bayangkan kejutan yang dialami oleh Kasitah sehari sele­pas majlis makan tengah hari yang enak itu apabila beliau di­tahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan-tuduhan rasuah.

Setelah lima tahun iaitu pada 11 Ogos 2009, keadilan ter­buk­ti apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Kasitah daripada semua tuduhan rasuah. Mahkamah, melalui penghakiman Hakim Suraya Othman, memutuskan pihak pendakwaan ga­gal mewujudkan kes prima facie terhadap Kasitah atas tuduhan rasuah dan penipuan kepada saham-saham tertentu di Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB).

Walaupun Kasitah melonjak gembira atas keputusan itu, beliau pada masa sama diselubungi kesedihan. Ini merupakan satu kes mengenai sistem keadilan yang boleh dipertikaikan. Kasitah telah hilang segalanya – jawatan Kabinet beliau, ke­ahlian Parlimen, reputasi peribadi selama lebih lima tahun yang terpaksa diharungi dengan penuh kehinaan dan keperitan.

Malang sekali, dalam sistem keadilan jenayah seperti kes Kasitah, tiada ruang bagi beliau untuk menyaman pihak berkuasa atas kesilapan pendakwaan ke atas dirinya.Dalam senario hari ini, kita dikejutkan dengan dakwaan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengaitkan Perdana Menteri.

Isu ini menarik perhatian luar biasa daripada portal Sarawak Report yang berpangkalan di London dan akhbar kewangan terkemuka, Wall Street Journal (WSJ) beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Adakah dakwaan ini benar, meskipun dilampirkan dengan “apa yang didakwa bukti-bukti sahih”. Melihat kesungguhan Perdana Menteri meluahkan ke­ya­kinan cukup tinggi ba­ha­­­wa kebenaran akan ter­­bukti akhirnya, maka su­dah sewajarnya semua pihak menunggu dengan sa­­bar.

Letakkan sepenuh ke­percayaan kepada inte­griti Pasukan Petugas Khas yang dikepalai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta dianggotai Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) da­lam menjalankan kerja-kerja siasatannya.

lesap, de­ngarkan dulu laporan Ke­tua Audit Negara untuk me­nentukan kesahihannya.

Di satu sisi lain, tuduhan yang dilemparkan WSJ ter­ha­dap Najib bak “Perang Dunia Ketiga” – saban hari laporan disogokkan untuk tatapan dunia. Kalau benteng pertahanan diserang tentera kuasa besar, tembok itu boleh runtuh dikerjakan.

Ternyata dalam sebulan dua ini, “permainan” yang digerakkan WSJ seakan-akan “berjaya”.

Yakni, “berjaya” mencetuskan kecurigaan sesama sendiri dalam kerajaan terhadap isu ini. 

Ini sehinggakan hal-hal kecil seperti satu dua potret Perdana Menteri dialihkan buat sementara dalam majlis tertentu pun, timbul syak wasangkanya.

Isu 1MDB membuka mata akan adanya anasir berniat jahat yang didalangi pihak tertentu.

Apatah lagi kewujudan “orang dalam” atau “gunting dalam lipatan” yang mungkin telah membocorkan atau menyampaikan maklumat salah kepada media asing tertentu. Laporan ini kemudiannya digarap secara ala profesional dengan memuatkan “fakta-faktanya.”

Sememangnya elok direnung kembali sejarah Si Kitul yang direkodkan dalam Sejarah Melayu. Nafsu, fitnah dan dendam kesumat yang melanda pemerintahan Melaka ketika itu dengan watak utamanya dimainkan oleh Si Kitul. Pernahkah kita bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai Venice of the East boleh kalah dengan mudah di tangan Portugis?

Sebenarnya, yang menjadi punca kekalahan Melaka disebabkan wujud tali barut iaitu Datuk Syahbandar Melaka, Raja Mendeliar. Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul, Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka.

Akhirnya, bila orang Melayu Melaka berpecah dan bergaduh sesama sendiri akibat “emas” dan “wanita”, orang luar me­ngambil kesempatan menjajah negeri Melayu. Kalau benar wujud Si Kitul, ia ibarat barah yang melapah kekuatan mana-mana masyarakat dan negara.

Dengan Malaysia yang kini kelihatan terlalu kecil untuk generasi muda – berada dalam dunia mereka sendiri yang penuh dengan teknologi siber dan yakin dengan pendidikan yang mereka terima dari universiti-universiti dan kolej – golongan ini semakin agresif menuntut hak-hak asasi dan ma­nusia sejagat.

Mereka mula mempersoalkan perkara-perkara yang du­lu­nya bapa-bapa mereka mengambil sambil lewa. Me­re­ka tidak lagi menulis surat. Mereka berkomunikasi meng­gunakan WhatsApp, SMS, Facebook dan Twitters.Mereka kini merasai kebebasan dan kehidupan yang baharu. Sekali gus mampu menjadikan Si Kitul lebih bermaharajala.

Laungan WSJ, Sarawak Report adalah akibat perbuatan Si Kitul yang “menggadai maruah” tanpa bukti konkrit dan akhirnya menghancurkan bukan sahaja imej pemimpin bah­kan institusi kerajaan itu sendiri.

Laungan untuk memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dalam pembasmian rasuah pada 2004 hanya telah memalukan dan memusnahkan kerjaya Kasitah kerana tiada dakwaan yang berjaya dibuktikan.

Apakah orang Melayu Melaka waktu itu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? 

Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara.

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam. Dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu!

Menyemarakkan konflik, api fitnah mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suapan kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suapan itu.

Perkara itu diketahui oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Raja Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.

Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara.

Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. Melaka hilang Bendahara yang bijak mentadbir negeri dan panglima perang yang mengalahkan serangan pertama Portugis.

Pernahkah kita bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah di tangan Portugis? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu?

Sebenarnya, yang menjadi punca kekalahan Melaka disebabkan wujud tali barut iaitu Datuk Syahbandar Melaka, Raja Mendeliar . Portugis tahu konflik antara Sultan dan Bendahara. 

Sultan berkenan dengan Tun Fatimah, tetapi Bendahara mengahwinkan dengan segera anaknya dengan Tun Ali, tunangan Tun Fatimah. Hubungan Sultan dan Bendahara bertambah kusut akibat Tun Fatimah. Pada awal Julai 1511,sesudah serangan selama 10 hari 10 malam, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis.

Rakyat khususnya orang Melayu yang merupakan majoriti di negara ini harus berwaspada terhadap kemungkinan adanya kelibat Si Kitul hari ini. Barangkali perlu diingatkan, pemilihan Perdana Menteri dalam kalangan ketua (Presiden) daripada UMNO lebih merupakan satu tradisi politik. Bukannya peruntukan undang-undang kerana Artikel 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bangsa, agama atau keturunan sebagai suatu ketetapan kepada pemimpin politik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Sejak 1955, hanya bangsa Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri boleh didebatkan, tetapi memandangkan bangsa Melayu merangkumi lebih 61 peratus penduduk negara, perkara itu tidak dipersoalkan. Aspek-aspek berkaitan nasionalime tempatan menjelaskan keistimewaan pelantikan jawatan Perdana Menteri ini dari kalangan bangsa Melayu – meskipun jawapan paling tepat dan jelas adalah UMNO mendapat majoriti setiap kali pilihan raya umum.

Disediakan oleh: 
http://ww1.utusan.com.my/pix/2013/0820/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01.1.jpg
Zulkifli Jalil
Utusan

No comments:

Post a Comment