Monday, July 13, 2015
Azman Hashim Dalam Grand Design Mahathir Jatuhkan Najib Razak?
Kita sudah tahu bahawa Tun Mahathir Mohamad mahu
jatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, Ini diakui sendiri oleh
bekas Perdana Menteri itu.
Yang menjadi tanda tanya ialah siapa lagi sebahagian daripada “grand design” Mahathir di belakang tabir bagi menjatuhkan Najib.
Apabila Sarawak Report mendedahkan beberapa akaun Ambank yang didakwa
atas nama Mohd Najib Razak dengan transasksi bernilai USD 700 juta,
Perdana Menteri menafikan secara langsung kewujudan akaun tersebut.
Beliau hanya berkata, “saya tidak menggunakan sebarang dana kerajaan
untuk kepentingan peribadi.”
Ini boleh membawa maksud akaun tersebut wujud tetapi bukan untuk
kegunaan peribadi beliau. Ia juga boleh membawa maksud Najib Razak
sedang bermain permainan catur yang panjang bagi tujuan memenatkan
lawannya dan menghidu pergerakan lain.
Semalam terdapatnya sumber menededahkan kemungkinan anak bekas pengasas AmBank digunakan sebagai bidak baru Tun Mahathir selepas gagal menggunakan pembunuh Altantuya yang melarikan diri ke Australia.
Namun jika akaun Ambank itu benar-benar wujud atau sebahagian
maklumat-maklumat tersebut benar dicampur dengan maklumat palsu yang
diperbesarkan, siapakah yang ada akses kepada akaun sepenting ini?
Hari ini Rakyatpost.com melaporkan dakwaan seorang peguam bahawa beliau mengetahui pihak yang
bertanggungjawab membocorkan maklumat terperinci mengenai akaun bank
Ambank milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Md Zainal Abidin, Pengerusi Tadbir Urus Bertanggungjawab Malaysia
(CAGM), menunding jari ke arah seorang hartawan perbankan terkemuka yang
didakwa rakan seperjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata, hartawan itu terhutang budi kepada Dr Mahathir yang membantu dalam kejayaannya.
Sungguhpun tidak menamakan siapa yang tokoh tersebut namun permerhati
politik melihat orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Tan Sri
Azman Hashim yang memiliki kumpulan Ambank Group.
Jika tuduhan ini benar ia merupakan skandal yang sangat memalukan
Ambank dan boleh menjejaskan reputasi Tan Sri Azman Hashim sendiri.
Malah ia mungkin menjurumuskan Azman ke penjara.
Semalam kami mendedahkan pengasas Ambank, Mohd Hussain Najadi pernah dipenjara di Bahrain atas sebab jenayah kewangan.
Azman Hashim dan Kontroversi Politik
Tan Sri Azman Hashim tidak dapat lari dari kontroversi politik apabila pada 2006 beliau tampil membeli saham ECM Libra milik menantu Perdana Menteri ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Khairy pada masa itu berhadapan dengan tuduhan politik dan gosip
bahawa beliau mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman apabila
membeli saham ECM Libra beberapa bulan sebelum penggabungan syarikat
terbabit dengan Avenue Capital. AVENUE merupakan milik Menteri Kewangan
Diperbadankan yang ketika itu diketuai oleh bapa mertuanya, Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
Azman Hashim melalui syarikat Hikkaya Jaya Sdn. Bhd., sebuah anak
syarikat AmcorpGroup Bhd. telah membeli saham Khairy pada harga 65 sen
sesaham, 6 sen lebih rendah dari harga 71 sen sesaham yang dibayar Khair
pada Disember 2005.
Pembelian ini dilihat oleh pemerhati sebagai satu tindakan
mengelakkan Khairy Jamaluddin berhadapan dengan sebarang tuduhan
mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman (insider trading).
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment