Monday, July 13, 2015
Amuk Lowyat : Polis Perjelas Cerita Di Srbalik Insiden Ini....
Berikutan pergaduhan yang berlaku di Plaza Lowyat semalam, pihak polis
akhirnya tampil memberi penjelasan menjelaskan apa yang berlaku di
sebalik kejadian.
Sejak dari tercetusnya pergaduhan kira-kira jam 7.50 malam semalam, orang ramai mula tertanya-tanya apa punca kejadian.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk
Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah
ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat.
"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga."
Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.
"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK
untuk bersama menyiasat perkara ini," memetik laporan dari Astro Awani.
Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana
merusuh. Kerugian akibat kejadian pula dianggarkan melebihi RM70,000.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment