Tuesday, July 07, 2015
Berhati-Hati Apabila Terima Berita Tanpa Fakta.. - DS Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak
menganggap perbezaan pendapat dalam sesuatu isu sebagai masalah selagi
pandangan itu berasaskan kepada kesahihan dan fakta yang benar.
Menurut beliau, dalam sistem demokrasi, perbezaan pandangan itu
sememangnya dialu-alukan lebih-lebih lagi bersifat konstruktif yang
menjurus kepada pembentukan persepsi positif.
"Namun, yang menjadi masalah adalah pandangan tanpa fakta apatah lagi
menyebarkan berita atau pendapat yang boleh menimbulkan keraguan dan
keyakinan," katanya pada media.
Dalam pada itu, Najib turut mengulas mengenai situasi penyebaran
maklumat ketika ini yang dilihat amat mencabar khususnya kepada pengamal
media berikutan masing-masing berlumba-lumba menjadi yang pertama dalam
mewujudkan persepsi masyarakat yang lebih dikenali sebagai ‘viral’,
namun ini tidak ditentukan dengan kesahihan dan ketetapan sesuatu berita
itu.
"Soal kesahihan berita adalah soal kedua, asalkan dapat menjadi yang pertama menyebarkan berita."
"Apabila terbentuk persepsi, nak kikis amat sukar sekali seperti yang
berlaku pada pilihan raya umum lalu yang kononnya 40,000 warga
Bangladesh menunggu untuk mengundi BN (Barisan Nasional)," jelasnya.
Katanya, dakwaan tersebut langsung tidak masuk akal kerana untuk membawa
jumlah orang sedemikian memerlukan 1,000 pesawat penumpang saiz Jumbo.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, tindakan tidak bertanggungjawab
berhubung penyebaran maklumat tidak berasas itu turut melibatkan isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB), kononnya menggunakan wang Lembaga
Tabung Haji (Tabung Haji) untuk menyelamatkan syarikat itu.
"Tetapi cerita itu sampai ke para pendeposit, pak cik, mak cik di kampung semua marah sehingga diviralkan."
"Akhirnya kebenaran muncul dalam Parlimen apabila ada Ahli Parlimen
pembangkang bangkit mempertahankan supaya Tabung Haji jangan jual tanah
tersebut kerana boleh mendapat keuntungan besar. Namun, kerosakan telah
pun berlaku," ujarnya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment