
Monday, July 13, 2015
Bocor Dokumen Rahsia Dan Konspirasi Menjatuhkan Perdana Menteri
Polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk melumpuhkan proses
demokrasi dan menjatuhkan perdana menteri, berikutan perbuatan jenayah
membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah
ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan
negara.
Beliau berkata peguam negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan
terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan daripada
siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
"Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang
berkaitan dengan hal ini. Justeru, kami berkewajipan menjalankan
siasatan penuh dan bebas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan Tindakan
Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan integriti
siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia," katanya.
"Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau sebaliknya,
boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
(Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
(Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4, 7A, 7B, 8, 11 dan
14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab XL untuk keterangan
palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada Seksyen 499 hingga 502.
"...dan ia boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Sesiapa yang
didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan akan
berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang," katanya.
Khalid berkata tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti
mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu
asli atau dipalsukan, seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif
PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand
mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.
Polis Thai dilaporkan menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa
cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab
Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan
1MDB.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment