Monday, July 13, 2015
Buat Baik Berpuluh Ribu....Ada Kesilapan Sikit Terus Dikatakan Penipu dan Pembohong.... Jasa Najib Jangan Dilupakan
Hari ini genap setahun kejadian malang yang menimpa pesawat MAS, penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian di timur Ukraine itu, 298 orang penumpang dan anak kapal
terbunuh apabila pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di
wilayah bergolak tersebut.
Maka hari ni, diadakan satu upacara memperingati mereka yang terkorban dalam kejadian yang tidak disangka-sangka itu.
Bagaimanapun, dalam bersedih dan mengenang mereka yang telah pergi dalam
kejadian tersebut, penulis suka nak mengingatkan semua pihak akan
peranan besar yang dimainkan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Yang dimaksudkan, ia adalah usaha Najib yang akhirnya menyaksikan pihak
pemberontak yang menguasai wilayah dimana pesawat itu jatuh, membenarkan
semua mayat mangsa terkorban, dibawa keluar untuk dibuat proses
pengecaman dan seterusnya dibawa balik ke negara masing-masing untuk
dikebumikan.
Penulis masih ingat ketika itu, Perdana Menteri sedang menghadiri
program berbuka puasa bersama media di Angkasapuri, meninggalkan juadah
yang enak-enak kerana mendapat panggilan dari ketua pemberontak,
Alexander Borodai memaklumkan persetujuan untuk membenarkan semua mayat
tersebut dibawa keluar dan disempurnakan seadanya.
Besar jasanya ni. Berunding dengan pemberontak Ukraine bukan benda mudah.
Presiden Russia, Vladimir Putin pun tidak boleh melakukan perkara
tersebut tapi Najib boleh. Ini satu pencapaian sepanjang zaman yang
tidak pernah berlaku dalam sejarah 5 Perdana Menteri sebelum beliau.
Termasuk seorang yang berkuasa selama 22 tahun. Kalau tak sama kesnya
sekalipun, sipi, nyaris yang macam itupun tidak ada. Ceritanya disitu,
keupayaan diplomasi diperingkat antarabangsa, Najib ada, itu orang tua
adakah?
Mungkin kalau Najib tidak masuk campur, mayat-mayat itu akan berada
lebih lama di Ukraine, mungkin sehingga sekarang pun tak keluar lagi.
Wall Strait Journal yang konon berpengaruh seluruh dunia itu pun tak
boleh bantu, tapi Najib boleh
Justeru, jika tidak ada siapa nak mengingat akan kejayaan ini dan
Perdana Menteri pun penulis yakin tidak mahu jasanya itu diperbesarkan,
penulis minta kita semua menghargailah sumbangan besar beliau dalam ini.
Penulis memberi tabik hormat kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak, you’re the best Sir!!
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment