Monday, July 13, 2015
Mat Sabu Umum Penubuhan Parti Islam Baru Saingan PAS
Kekecewaan kumpulan yang bercita-cita tinggi dalam PAS akhirnya sampai
ke episod baru selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
mengumumkan penubuhan parti politik baru yang bakal dianggotai pemimpin
yang kecundang dalam pemilihan PAS, Jun lalu.
Dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Mat Sabu berkata
parti politik baru itu dinamakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau
dikenali 'Harapan Baru'.
"Harapan baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam.
"Parti ini akan membantu ke arah penubuhan Pakatan Rakyat 2.0," katanya.
Pengumuman yang dibuat oleh Mat Sabu itu dibuat lebih awal berikutan
beliau dan beberapa pemimpin G-18 sebelum ini memberitahu perkara itu
hanya akan diuar-uarkan selepas Hari Raya Aidilfitri, 17 Julai ini.
G-18 adalah mewakili 18 bekas pemimpin kanan PAS yang gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti sebelum ini.
Kesemua mereka sebelum ini dilaporkan mengadakan pertemuan dengan
pemimpin DAP dan PKR ketika majlis berbuka puasa di rumah bekas
Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, bagi membincangkan
perihal penubuhan parti baru itu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment